rafa tido lasak. kalau letak atas bantal, tak lama mesti bantal kemana, dianya kemana. ni gambar pagi tadi.
rafa, tebalnya bibir, ikut sape tuh???
lasak tidonye. dia mmg tido tengah2. almaklumlah takde katil baby. masa adel dulu je ada katil. lepas tu rosak sudah. papanya rosakkan. patah. ni masa rafa, plan nak beli sampai la terbeli. ending dia, tak payah beli. mari kita tido berjemaah. mama papa besar mana pun kan. muat je sekatil. bangun subuh 5 orang dok atas katil. melintang menegak semua ada. tu tanda nya, bebawak lah bangun bila anak3 dah bangun.
ni gambar subuh tadi. silap. gambar sebelum subuh tadi. sebelum subuh dah bangun. rafa muak. terlebih susu. ish, dah kena bangun awal. tapi ok gak, semua in order. aku pam pun santai je tak rushing. aku tak bangun pun nak pam susu kalau tgh malam. kuasa. tido sedia ada pun tak bape nak cukup, lagi mau jaga pam susu. tidak la. so bangun subuh baru bangun. dapat lah 8oz sekali pam. tu pun rafa mmg ngempeng je, ok la kan. so aku stock up siang hari. ok lah cukup buat stok.
lari tajuk. nak cite pasal rafa tido melentang je. tu je. so far belum pernah lagi dilenyek papa or mama nya. yang aku perasan kalau dia nak susu, dia dah menyendeng ke tepi2 aku position macam nak meniarap. kejut mama ye. aku selesa kalau dia sekatil dgn aku. tidak jenuh nak angkat letak. esok dah besar belikan single bed.
skang mmg aku pancit awal. pukul 9 dah naik atas tido. letih bebeno. so anak3 pun tido awal. bila tido awal bangun pun terlebih awal. ni adel hyper semacam padahal baru pukul 6 pagi. so aku pam dok bilik diorg so that diorg tak belonggok dok bilik kitorg. nanti adik nya bangun lagi haru biru. mandikan niadel pun pukul 6.30pg. practice namanya. practice sempena mama nak pindah ofis kat setiawangsa next year. tak tau lah macam mana life kitorg next year. sure lagi tunggang langgang. takut nak masuk tahun 2014. doa banyak banyak semua dipermudahkan. dah lah semua nak naik ye. ofis pulak lagi jauh. lantak lah apa nak jadi.
ok, lari tajuk lagi, tajuk dia, rafa arman bin muhamad ridzuan tido melentang.