Quantcast
Channel: Mrs. Simplicity
Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

page 4 of 365 - premium pool villa grand lexis port dickson & izz's 4th birthday

$
0
0
assalamualaikum. baru dapat duduk. sampai rumah tadi petang, settle kan segala2 urusan mendobi, bagi budak2 makan, sekarang aku tak tau nak makan apa. cerita harini, sambungan dari cerita semalam, pagi2 bangun pegi breakfast. not bad jugak breakfast kat duyung restaurant dia. pelbagai variasi makanan. sebab makan tah apa2 je semalam dek tak keluar bilik, pagi ni pulun makan2 macam2. macam2 sangat lah. 2 round je dah tersandar. niadel tak lalu makan, berzikir nak mandi pool. adel lagi best, siap bangun cakap "its a happy beautiful morning". tak kuasa aku.

 siap ada infused water tuh. seiring dengan azam nak kurus, aku minum air ni jek. :p seiring sangat kan.

mine and rafa's. dim sum adalah kegemaran. so amik lah banyak ketul then tak larat nak makan lagi. rafa makan seafood porridge dgn roasted pumpkin.

 adel's 

semangkuk settle. maka apa lagi, memanjat manjat lah


dua orang budak yang dah tak keruan nak ke pool.

masuk kat public pool ni dulu. lama gak diorang berendam dalam ni then baru masuk bilik sambung ke pool bilik.

tu maknanya teruja sangat tu. 

siap bawak naik tak mau, slumber je nak turun bajet macam berani sangat. baju mandi kakak niadel tu. hahaha.. nasib ada gak yang non-pink.

10.30 naik sambung berkubang dalam bilik. sementara tu aku kemas kan barang2 nak check out pukul 12.

 rupa bilik. 2 king size bed. pintu tu nak ke dapur / toilet. rafa dah pengsan.

hujung tu shower room

dapur

toilet. besar bilik nye. 

another view.

masuk bilik nampak lah private pool ni. amik premium villa sebab pool dia ada roof. kalau hujan diorang nak berkubang pun boleh lagi kan. tapi alhamdulillah cuaca baik2 aje 2 hari ni.

sementara nunggu buggy. tapi lambat benau buggy nye. sebab bilik tak jauh sangat dengan lobi, moh lah angkat barang sendiri. 

sementara tunggu papa amik kereta lepas check out. baru korang rasa penat dgn lapar ye. rafa gak maintain.

lepas tu dari PD ke bangi, urusan wan. lepas tu ke kajang dapat jemputan dari mama izz rayyan. birthday anak dia esok. so dia ada buat makan2 untuk family dgn kawan2 rapat. aku sampai lambat, jadi tetamu akhir. so boleh lepak lama sikit dengan anis. last jumpa kurus. sekarang dah 'gemuk' ;)

tema ultraman sebab abang izz minat ultraman.

birthday boy enjoy and happy sebab dapat banyak present. sorry izz, aunty tak sempat beli apa2 sebab mama awak pun inform last minute.

us with our kids. thanks anis and family sebab layan kitorang sefamily. happy birthday abang izz rayyan. membesar jadi anak yang soleh and penyayang macam mama awak ye.

till then...

oh lupa tepek ni. masa kemas2 meja hotel malam tadi, aku nampak note ni. masa ni budak2 dah tido. senyum aku tgk note yang nia tulis ni. jelas terpancar gembira nye dia. adel pulak banyak kali cakap kat papa, nanti nak pegi sini lagi. so harus lah mak caras cepat2, 'kalau nak pegi hotel macam ni lagi tak boleh lah nak beli toys selalu. kalau asyik beli toys je takde duit lah nak duduk hotel. ok lah adel tak beli toys lagi'. 

kita tgk diorang istiqamah ke tak. hehehe..

nervous tunggu esok sebab macam dah sense takkan ada update sebab normal routine je kan on weekdays takkan nak cite kan. 

aku cuba ye. :)

again, till then..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 270