Quantcast
Channel: Mrs. Simplicity
Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

page 6 of 365 : perangai pengasuh2 rafa

$
0
0
Assalamualaikum. I almost give up. Tapi demi azam muazam, aku gigih. Over the phone je sambil tidokan rafa. Pagi ni pagi2 dah keluar rumah hantar rafa, hantar adel, and last sekali hantar nia. Hari pertama nia kat sekolah agama. Muka ada sedikit tekanan bila nampak dia kena mengenakan tudung. Tapi apa yang kena patuh dia ikut je. Sampai je muka bajet2 cool kan. Settle urusan pembayaran, penerangan, tgk keadaan sekolah aku sangat puas hati. Tempat baru, selesa dalam masa yang sama prestasi peperiksaan yang lepas pun bagus2 jugak. Tapi aku ada masalah besar iaitu... Sat gi kabo. Meh tgk dalam sekolah nia pulak. Semalam tunjuk luar je kan.

Tak dan nak gosok awning dia. Nasib lah banyak inner tudung aku. So pakai je yang tu. 

Tempat tengok tv. Nia kat belakang sekali tu.

Kelas dia

Walkway nak ke dapur, bilik transit dan surau. Banyak kosong lagi sebab baru kan. Tapi target to complete by this week. 

Ni masalah nye bila dapat tau uniform nanti kain kaler maroon. Menung jap mikirkan 3 helai kain yang dah beli and opah dah siap alter tu. Weekend ni kena cari kain kaler ni lah pulak. 

Settle dah hal nia masuk ofis, tiba2, dapat msg serentak dari ex-penyelia taska tanya pasal taska. Aku tak sempat lah nak reply. Lepas tu aku tanya apa masalah pulak lagi ni. Dapat tau yang 4 orang pengasuh lari serentak. Dengar cerita diorang tak suka dgn penyelia baru ni. Adoi hal ni pun nak sesakkan kepala aku ke. Beria masing2 bercerita which aku adalah risau sikit. Lepas satu, satu hal. 

Petang masa amik rafa, nampak lah kelam kabut nye sebab tak cukup orang. Elok je anak aku bersidai kat tepi pintu pagar. Sian nengok nye. Terus je lah aku tanya apa cite kan. Macam biasa lah orang tu kata orang ni orang ni kata orang tu. Which again, bukan masalah aku. Asal di mata aku nampak elok je korang jaga anak aku, aku ok. Setahun je lagi nak dok taska rafa. Lepas tu kita masuk sekolah. Menyesakkan kepala je nak mikir benda2 ni. Orang ada bibik masalah gini, kita hantar taska sekian masalah.

Esok tgk lah apa pulak cite nye kan. Tapi lega bab nia dah settle and ready nak masuk darjah 1 dah. Tapi terasa gak lah ye 3 orang hantar tempat berbeza. 

Ustazah whatsapp gambar ni tadi. i should have send her to this school earlier masa start cuti sekolah dalam December. Lambat dapat info pasal sekolah ni. Tak pe, tau nia boleh catch up. Mama kena start semayang dhuha la lepas ni sebab nia dah belajar semayang dhuha. :)

Balik keje amik budak be3 ni then bawak pegi makan sebelum hantar nia ke tuisyen pulak. Selalu papa diorang yg amik tapi sebab atlet futsal kebangsaan tu ada training harini, aku lah handle. Aku boleh rasa kan kehidupan aku lepas ni macam ni lah. Balik rumah hadap buat homework so diorg boleh terus tido.  

Moga dipermudahkan..

Till then..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 270