Quantcast
Channel: Mrs. Simplicity
Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

Ramadhan yang serba sederhana

$
0
0
Assalamualaikum. tajuk entry ni dah 2 minggu lepas terfikir. tapi tak terdaya nak menaip. ni wan pun takde gi site, anak3 dalam keadaan terkawal, boleh lah nak sembang- sembang.

Ramadhan pun dah towards the end ye. sekarang ni rata- rata semua dok prepare pasal raya. and tak dilupa mengejar amalan di hujung2 Ramadhan ni.

tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa macam biasa. cuma stress bila ada hari yg tak dapat puasa. hehehe.. sejak kahwin ada lah 2 kali je kot aku tinggal puasa. dia kalau tak pregnant, breastfeed. bila x puasa ni tekanan lah kan. hahahaha.. tekanan nak mengganti. 

and aku baru dapat tips nak bagi period cepat kering, hari2 bila mandi basahkan rambut. wahhh kenapa umur dah nak 33 tahun ni mak baru tau? tapi disadvantage nye darah kotor tak keluar habis. takpe, bulan dapat boleh kasi keluar habis. hahaha.. aci? berkesan lah. so korang yang tengah ABC ni boleh lah try.

so bulan puasa ni mmg rasa tahun yang paling sederhana la. mungkin sebab faktor usia takde rasa nak berlebih- lebih time makan. cukup main dish and air. as for dessert / kuih muih aku bikin sendiri. aku dgn nia makan kek batik. as for wan aku buat cheesekut. nengokkan harga kuih muih kat bazar, mmg ridiculously pricey. so buat sendiri makan banyak mana at a very low cost. 

first time aku rasa cheesekut ni kat rumah makcik aku. masa tu petang dia projek buat ni. mangai, senang bebeno. so rasa mmg sgt sedap. whatsapp kyong, anak makcik aku tu, tanya camne nak buat. benda2 tak yah bake ni mmg aku suka lah. bake kalu, hangit ke apa, menyampah aku. ni bancuh2, susun, simpan dalam peti. esok pagi ready to eat. ni mmg buat utk wan. dia suka makan ni. tapi first batch dah habis sampai ke laa x buat2 lagi. hahaha.. penyakit M sudah mari... 

kek batik pulak. 

sepanjang puasa ni, kek batik dah buat 4 bekas. kadang sahur makan ni je. sendiri buat, sendiri makan. puas hati. tak yah fikir nak beli kuih apa.

bulan puasa ni mmg tak sempat masak. balik keje pukul 4, terus zasss sampai bazar kat serdang tu aku beli apa nak makan, then terus je tercongok kat sekolah nia. mmg sampai awal la. sempat lah nak mengaji beberapa muka surat. itu pun tgk ada sorang parents ni mengaji. dia cakap kalau kita x buat bulan ni bila lagi kita nak baca weh. ok, sentap disitu. the next day terus bawak quran and baca hari2. dapat baca 20 minit banyak gak tu kan. bulan puasa ni baca walau 1 hurup sekalipun pahala 83 kali ganda. MasyaAllah, kejar mana yang mampu.

sahur pulak mula2 dulu mmg masak. lepas tu ada insiden terbabas sahur lah. haish, sakit pulak hati aku nengok lauk yg masak utk sahur tak termakan. so lepas tu makan je lah apa yg ada. roti telur ke, makan kek batik je ke. buat nestum je ke. nia hari2 sahur makan cereal je. so settle. x lah masak beria. dah hujung2 ni lagi lah M tu makin menjadi jadi.

nia puasa ke? kalau harini dia puasa dapat lah 3 hari. stress je kan? cabaran sekolah cina ni ni lah dia, tambah pulak kelas sebelah kantin. bunyi loceng semua pakat ke kantin, ada 1 time masa amik report card tu nampak ramai betul budak2 melayu tak puasa. darjah 1 dgn 2, so knowing nia ni yg senang terpengaruh dgn kawan2, kawan x puasa, dia ikut tak puasa. mmg bergaduh lah hari2. so ending dia, aku macam give up. tapi dia mmg hari2 bangun sahur. habis kalau tak bangun sahur bila nak makan kan? bab bangun sahur mmg takde masalah. so mmg dia minum air je. sebab kantin melayu tutup kat sekolah dia. ada kadang aku bg lah bekal. so basically dia makan pun pukul 3.15 gitu lah time rehat.

then ada 1 time, kitorg buka puasa dgn family ayah aku, kan ramai 2 pupu dia, bila tau gang sebaya dia puasa, dia macam malu lah kan, baru lah next day dia nak puasa. itu pun selepas 2 minggu puasa.


so memang tak keluar lah hari tu, dia nya melepek je. tanya nak buka apa, dia nak kfc. papa pegi tapaukan. lately she's into kfc. air milo, cheezy wedges. 2 tu favorite dia. ni dah mintak kfc gak. ni lah 1st day dia puasa. second day semalam, ni 3rd day. tadi dah berjanji dgn cik ina dia nak puasa sampai rabu. kalau tak, cik ina tak beli bunga api banyak2. dia kata nak. dah cakap dgn aku nak sahur nasi telur dgn kicap. kita tgk lah camne. aku tak paksa tapi aku sentiasa pesan suruh cuba puasa. nama nak paksa tidak. aku pun kena sedar diri, aku puasa penuh pun masa darjah 5. aku lebih pada bia dia sedar sendiri.

shopping raya? takde lah beria sangat tahun ni. sebab baju2 raya pertama mmg dah ada. recycle pakai baju masa adik kahwin itu hari. so settle dah. baju budak3 dah settle beli sikit masa befor raya. sebab tak larat laa nak handle budak2 ni kalau keluar berjemaah time bulan puasa. cuma ada sekali tu ke sogo. wan kalau beli tshirt ke sogo je. sebab nye murah! so alang tu beli sekali 1 seluar rafa and sehelai sorang tshirt budak2 ni. beli 3 helai tu dah costs us almost RM300. nilai duit sekarang ye. no komen. 

tgh beratur nak bayar. sepenuh2 orang. so settle beli tu terus balik. dia jadi tak de rasa nak beria sangat sebab sekarang ni kan tgh hangat isu2 politik kat malaysia ni. so macam fikir apelah nak jadi, moganya tak menjejaskan kita sebagai rakyat ni. 

aku tinggalkan korang dgn gambar ruang tamu rumah aku versi gopro. perghh best kot. nampak luas.  padahal sekangkang semut je rung ni. esok2 kalau rasa nak jual rumah ni nak advertise gambar pakai gopro. hehehe... ni masa adik aku yg baru kahwin tu datang berbuka rumah aku bawak wife dia. first time datang. redha je lah ye pah tgk rumah kngah yg sepah2 ni. tu pinjam gopro dia lah tu. 

ok, tbc...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 270