konon nak tido, tapi tak terlelap, so mari lah sambung. tahun ni memang banyak aktiviti- aktiviti CSR. kesinambungan dari first visit itu hari, ini aktiviti ke-3 kitorg bersama anak2 ni. memang dah slot in awal majlis buka puasa dengan anak2 yatim. kebetulan ada kawan aku yang sudi sponsor food untuk diorang. so maca biasa ada proses untuk mohon sumbangan sebab selain daripada berbuka puasa kitorg ada plan nak bagi hamper berupa barang2 asas utk ibu2 tunggal and alat tulis untuk anak2 ni. bukan anak2 yg duduk kat situ je tapi anak2 asnaf yang sentiasa datang kesitu untuk makan. so total ada 130 orang. dan 10 orang ibu tunggal.
aku pulak hari yang sama ada majlis berbuka dengan family belah ayah aku. clash la pulak. kedua- dua nya penting. so masa beri sumbangan tu aku datang kejap then around 6pm aku mintak diri. so tak join majlis tahlil family aku.
and alhamdulillah we managed to collect RM8000 in total. ini hasil dari sumbangan kenalan- kenalan group kami. thank you so much kepada semua yang sudi memberi sumbangan.
ustazah ni mmg terror control anak2 dia dalam ni..
ramai anak2 yatim yang takde keluarga kan? ini baru yang dekat sini je. tak tau lagi kat tempat lain. kita bantu mana yang mampu.
setiap anak dapat 1 bag kelengkapan sekolah berupa stationery set and ada few item lg dalam tu. beserta duit raya.
ni lah orang kuat group kitorg. teacher zai, takde dia mmg tak bergerak group kitorg. kitorg ni yang menurut perintah je.
kiriman gambar dari gang yang stay sampai habis majlis. alhamdulillah rezeki anak2 dapat makan nasi arab saba. thank ta.
dengar cerita mmg berselera diorang makan malam tu. siap bertambah tambah. alhamdulillah.
dia aku tunjuk ni bukan nak menunjuk- nunjuk tapi lebih kepada nak tunjuk kepada yang memberi sumbangan kepada kami. ini hasil dari sumbangan anda semua. sesungguhnya besar pahala bila kita bersedekah. mudaha- mudahan usaha kita semua diberkati dan Allah beri keberkatan. in shaa Allah.