Quantcast
Channel: Mrs. Simplicity
Viewing all 270 articles
Browse latest View live

batu pahat trip

$
0
0
ha sambung2. oi, aku update blog malam ye. bukan time keje. entry pukal sebelum ni schedule post. korang yang ada blog tau lah term schedule post tu kan? ramai je orang buat. ok, back to the topic, ada ke orang nak visit batu pahat? heheheh.. boleh lah tajuk gitu. last weekend punya program ke selatan tanah air sempena hari konvokesyen adik aku ainal. aku dah janji kat adik2 aku, aku akan pegi konvo degree ke atas. konvo diploma tak main eh. jenuh pulak nanti. so degree saja. as promised, ke selatan lah kitorg jumaat lepas keje ke batu pahat. hujan lebat sepanjang jalan. selebat lebatnya. sampai naik air lah kat batu pahat tuh. sampai je family aku dah tunggu kat kedai makan polka dot. diorang dah sampai awal sebab si ainal ada rehearsal siang tuh.

tgk entry sebelum nya, tak tukar baju pun. balik keje zass terus. tukar tudung je. sebab rasa dah bekepam je tudung tuh. restoran polka dot berkonsep kan steambot & grill. first time aku makan kat tempat2 gini. mmg kegemaran lah kan.

makan dan makan sampai kenyang. aku tak masak pun. tukang makan saja.

harga buffet makanan kat sini. kalau ada pembaziran kena caj RM5

korang dah kenal mana satu ainal kan. hok ni lah. 

kat batu pahat, kitorang menginap kat katerina hotel. apak aku yang uruskan booking hotel.

dah sampai hotel. hujan masih lebat time ni. memasing muka kelemauan. esok nak masuk legoland ni.

amik 1 standard room, satu family room. family room dia bapak luas. 

ni queen bed 1 lagi kat bilik yang sama kat gambar atas. ada 2 queen bed kat 2 area dalam bilik ni. sangat puas hati. bilik kitorg standard room sebelah bilik family aku.

\
view bandar batu pahat dari bilik kitorg diwaktu pagi. nice... 

ok, entry legoland is coming up next...

legoland, malaysia bersama keluarga anuar : introduction

$
0
0
sabtu pagi2 dah bangun. batu pahat ke johor bahru mengambil masa 1 jam nak sampai. semangat masing2 nak ke legoland. aku lak nak make sure kita antara yang terawal lah sampai sebab kitorg tak beli tiket pun lagi. dikabarkan kalau walk in beli tiket beratur panjang. so nak tak nak, mmg kena paksa diri bangun awal. aku tak beli online sebab nak redeem voucher ni.

thanks to munirahpunya for sharing the info kat instagram. memula aku nak pakai voucher kat belakang susu dutch lady. tapi voucher tuh 1adult free 1kids. kitorg pulak yang pegi 8 dewasa, 2 kanak2. so tak berbaloi nak pakai voucher tuh. voucher ni lebih berbaloi. each ticket dapat discount sebanyak 35%.  korang boleh print ticket tu kat sini. 1 voucher entitle untuk 4 orang. http://www.rdasia.com/35-legoland

lego dimana-mana. sangat mengujakan. aku ni yang dari bolayan pasal legoland jadi yang paling over dan excited bila tgk semua benda dibina dengan lego.

harga tiket. mahal eh? mmg mahal pun. tapi nak bina legoland ni, mmg sangat lah susah kot. dikatakan, sehari legoland mengutip RM2juta sehari. kalau fakta ni salah, betulkan aku.

waktu operasi legoland. dibuka seawal 10 pagi.

orang yang tengah beratur nak beli tiket. pergh! tapi jangan risau, ramai staff legoland yang akan assist. tak lah beratur lama sangat. mostly nak redeem pelbagai jenis voucher yang ada. masa ni kitorg dah lewat sejam. sebab amik adik aku sorang lagi kat kolej dia.

kita pau orang yang dah keje. hehehe...

tiket dah beli, posing jam kat entrance. ok, jom masuk! mak ayah aku tak join pun. diorang dating bedua pegi jalan2 kat JB area, pegi JPO

nak masuk entrance pun beratur. so dah boleh bayangkan dalam tu nanti camne gayanya.

weekend tu mmg aku tgh PMS. mendapat lah masing2 kena dgn aku. termasuk lah makcik ni. macam2 pe'el nye. mujur lah ramai yang sudi melayan.

wajib amik ye. legoland map. 

then sewa stroller pulak. 

belum start bejalan lagi dah shopping. shopping makanan sebab budak ni baru keluar dari hutan terus je pegi legoland.

stroller dah sewa, cam biasa, tugas aku tgk map, mana nak tuju dulu. untuk korang yang ada anak umur 6 - 13 tahun, dari entrance, sila belok kanan terus ke LEGO CITY dimana korang boleh bawak anak2 korang enjoy driving school. amik junior license lagi. kalau peserta macam kitorg ni, dari entrance amik kiri menuju ke LEGO TECHNIC. main game gila untuk dewasa sementara kanak2 besar niadel boleh lepak dalam lego academy. tu serba sedikit info untuk permulaan.






ni lah attractions yang ada dalam legoland ni. ha kemain banyak lagi. sempat kitorang cover semua? mmg tak lah kan. tapi dapat pegi semua area lah. yang paling mengujakan pada aku semestinya MINILAND. kagum tgk semua binaan2 lego dia. 

serba sedikit info awal yang boleh dikongsi. akan bersambung lagi...

LEGO TECHNIC - Legoland, Malaysia

$
0
0
mari kita mulakan pengembaraan ke legoland dengan masuk ke leg technic dulu. mmg aku nak ke sini sebab nak bagi gang2 dewasa yang dah mcm tension je sebab orang ramai and cuaca panas ni, bagi diorang gumbira. so kita gembirakan dewasa baru gembirakan anak2. agak stress jugak ye lah, orang ramai, cuaca panas, nak main attraction dia jenuh menunggu. tapi dah bayar kan, gila kau tak main??

ada 6 ride yang bole kita main.

masuk je entrance, mmg kita terus nak tuju ke miniland ni. tapi untuk 1 day ticket macam kita ni, better kita pegi yang ni last sekali. sebab kat sini sekadar nak bergambar je. kita terjah tempat2 yg kita nak boleh main.

lego dimana mana. 

kalau ada gadis ayu bertudung ni maknanya surau dihadapan anda. comel kan? adik2 aku dgn laki aku lagi jakun siap nak tanggal lego kat binaan tuh. apekehey?

kagum.com

name tag pun lego. ish aku je ke yang teruja ni? hahaha..

first game nampak technic twister. beratur jugak. tapi tak sepanjang game yang lepas ni. yang lain semua naik, aku tunggu niadel. melalak deme nak ikut papa.

tak reti awok nak amik gambar tak goyang. mmg laju gila lah. sementara tuh, aku suruh adik aku sorang lagi, yan pegi berarut kat project X. 

ni dari jauh dah nampak. mmg tegedik2 lah nak naik. aku ni takut gak tapi terasa nak naik jugak. so suruh yan beratur. 

aku ingat akan naik replika ni aje. tapi tak sangka aku berjaya naik game ni betul2. 

sementara diorang beratur, aku terus bawak niadel jalan nak pegi lego mindstorm & lego academy. ondway lalu robot kitchen. kalau kita lalu and pegang robot ni bercakap ko. tu niadel pandang robot instead of camera.

dah sampai kat lego mindstorm and lego academy. dalam ni tempat main lego. high tech lego pun ada. susah la kot. tu siap ada Albert Einstien. kagum2. tu ina tukang layan niadel yang paling penyabar sekali. 

cu yan diorg tak nak naik technic X, suruh ina pegi, ina tak mau, aku lah men volunteer kan diri naik. niadel mmg enjoy lah dalam ni. ralit diorg.

sementara kitorg, mangkuk menunggu turn. sejam ada kot. kira ride yang wajib naik lah kat sini. siap boleh beli air lagi.

masa dah nampak depan mata aku dah nak patah balik. sekali si wan dah tolak2 aku tak bagi blah. seram weh. lama betul tak naik roller coaster gini.

tgk je lah bape darjah benda ni. menjunam habis. siap ada camera pulak tuh. bila tgk muka aku kat print shop, rupa macam tgh meneran beranak kan adel. mmg tak lah aku nak naik lagi. ni ride paling gila lah dalam ni. mujur jugak pendek. kalau panjang, rela aku terjun kot.

sementara tu, nia happy je duduk dalam ni.

tu aku kata, pegi ramai2 lagi menarik lah sebab ramai boleh assist anak kita. instead of kita pegi sendiri.

lepas ni kita masuk LEGO KINGDOMS & IMAGINATION

LEGO KINGDOMS, Legoland Malaysia

$
0
0
dah main se dua kat LEGO TEHCNIC tuh, kitorg ke LEGO KINGDOMS pulak.

yang wajib naik kat sini Dragon Apprentice. mmg tak lah aku nak naik kan. another roller coaster ride. wan dgn adik2 aku yang lain naik. game seperti dalam gambar atas tuh. 

king's market. meroyan lah anak2 aku. aku pun meroyan  tgk harga2 barang dalam ni. adel mmg reda je orang buat apa pun.

ni nak masuk dragon roller coaster.

The Forestmen's Hideout. aku dalam ni mmg seronok tgk makhluk2 yang dibina dari lego je.

ni game untuk budak tapi sayangnya nia pun tak lepas. mmg sesuai anak2 yg dah sekolah rendah je lah main dalam ni. tapi bila nengok kan kena beratur panjang jadi tak kuasa nak beratur

comel

pak guard lego kingdom

entrance The Dragon

hasil ketukan anak2...

sementara tunggu papa dgn uncle aunty niadel main roller coaster tu, aku bawak niadel lepas kat knight's feast. makan kat sini macam2 variety jugak. LEGO TECHNIC tadi ada ROBOT KITCHEN. boleh makan heavy jugak. sini pun sama.

tapi kitorg makan ice cream je. 1 scoop je 7 hengget. tak lunch pun dalam ni. rela tahan perut sebab mahal. hahaha.. 

very detail lah kan finishing legoland ni. mmg tertarik. kitorg boleh nampak rupa papa dgn uncle aunty niadel masa tgh naik roller coaster sebab kedai makan tepi dia je. buruk benor rupanya. semua tak nak beli gambar yang diorg amik tuh.

main 1 game je kat situ kitorg gerak ke imagination pulak. kenapa boleh port nak amik gambar kat sini?

ada rabbit lego. hish, best lah. 

lepas ni kita masuk IMAGINATIONS pulak...

IMAGINATION Legoland, Malaysia

$
0
0
IMAGINATIONS aku rasa akan jadi tempat yang paling best untuk anak2 korang. very colorful. ada playground yang diberi nama DUPLO playtown and DUPLO express untuk menghiburkan hati anak2 korang. sementara adult berbulu2 beratur panjang nak main attractions yang ada dalam ni.

yang sememangnya menarik di IMAGINATION

the entrance.

Build & Test ni another place for kids to play lego. ada track kereta siap. tapi kitorg tak masuk pun. 

the colorful signage. 

mascot legoland dah dtg, tapi tumpang amik gambo kat tepi je. heheh.. 


tengah beratur nak naik observation tower. wajib naik ni. boleh tgk seluruh kawasan legoland termasuk yang under construction. boleh tahan mangkuk jugak beratur. tapi sebab sekali masuk segerombolan, cepat lah jugak bergerak.

menarik kat sini, kat tempat beratur ada ruang untuk kanak2 main lego. menarik disitu.

dah dalam observation tower

nice view from the top. LEGO KINGDOM yang kita pegi tadi. tu nampak the dragon roller coaster yang diorang naik tadi.

hotel yang under construction. Sunway yang owned this project. 

DUPLO express dari atas. berbunyi2 binatang2 ni.

keluar dari observation tower, kitorg amik gambar. kitorg beli gambar ni. diorang edit berlatar belakang kan awan. L for Legoland. kurang sorang sebab ina dah start beratur untuk masuk 4D studio. wajib tgk gak.






niadel seronok betul main dalam ni. aku tak masuk pun dalam playtown ni. aku duduk kat luar tgk ina dah beratur sampai mana. bila dah nak dekat masuk dalam, roger rakyat jelata yg lain dalam playtown ni masuk barisan. macam tu lah kekdah nya kat sini. beratur panjang yg amat. 

tengah tunggu nak bukak pintu 4D studio. kat sini yang paling menguji kesabaran. dengan lapar nye. dengan kat luar macam nak hujan nya. beratur dah panjang. nak menunggu pintu bukak. masyaAllah, mcm nk tgk wayang pulak lamanya. nyaris2 give up. 

tapi bila dah masuk, mmg wow. cam biasa, perbarisan dan penantian berbaloi. aku boleh katakan 4D studio kat legoland ni lagi best dari 4D shrek kat USS. lagi feel. siap dgn rasa air nya, keluar buih lah. rasa bahang api lah. terbaik! wajib beratur ye.

 hujan dah ula turun rintik2. kitorg maintain je. banyak lagi tak pusing ni. ni depan mini pizza. nak makan pizza, kat dalam imagination ni ye.

 musical fountain. very nice. menghasilkan lagu gitu.



cam biasa, ada orang yang pakai baju kebangsaan ni, disini terletaknya surau. amboi, aku berpeluk dgn bukan mahram. dosa! :p

lepas ni kita masuk LAND OF ADVENTURE & LEGO CITY

LAND OF ADVENTURE, LEGO CITY & MINILAND Legoland, Malaysia

$
0
0
FINAL PART OF LEGOLAND
LAND OF ADVENTURE

macam ancient of egypt kat USS. tak yah pegi USS. :)

unta ditaja oleh ambank. 

untuk kanak2 yg berusia 6-13 tahun, mmg akan paling enjoy bila berada disini. 


boleh jadi bomba padamkan api macam kat kidzania

nak naik LEGO EXPRESS

 ronda- ronda 1 legoland


nia nampak playground ni dia cakap 'mama, nia belum main kat sini lagi. esok kita main kat sini pulak ye' 

MINILAND






























ok habis dah. aku dengan baik hati share semua gambar2 ni kat korang nak tunjuk kat korang kenapa tiket masuk dalam ni semahal itu. legoland mmg best. yang jadi tak best, faktor2 lain seperti cuaca, ramai orang. tu je kan? so tak leh lah nak salah kan legoland. mungkin aku over exaggerate pasal semua cerita legoland ni. sebab to be honest memula mmg aku takde perasaan pun nak pegi. tgk gambar tidak, apatah lagi baca review orang pasal legoland. tapi bila dah experience sendiri aku rasa kagum lah. bangga salah satu legoland yang dikenali didunia ni terletak di negara kita sendiri. berapa banyak peluang pekerjaan tersedia hanya kat tempat ni sahaja. so pada pendapatan aku, legoland bakal dan dah pun menjadi tarikan pelancong diseluruh dunia. wah, mcm iklan la pulak. so bila anak korang dah masuk sekolah rendah ke atas, u guys should consider to brind your kids here. such an awesome theme park. esok kalau dah bukak water theme park and hotel, lagi meletup. com lah.

note : tabah nye aku update blog. kalah nara.com

calling for nayville's top commenter!

$
0
0
siapa eh??? aku dah lama perhati. semua entry aku, ada komen dia. without fail. sepanjang mana aku bebel, walau sekeping gambar pun mesti ada komen dia. dia pun ada blog. dari blog dia, aku boleh rasa kan dia seorang yang ceria. nampak seorang yang sangat positif. cuma aku jarang berkesempatan dapat tinggal kan jejak. kadang pun terlepas membaca. so, aku dengan rasa berbesar hati ingin memberi something kepada nayville's top commenter. 

orang itu akan dapat salah satu fridge magnet diatas. Legoland FM. 

dan orang yang dimaksudkan itu ialah :-


to nad, you are an awesome commenter as well as a fantastic blogger. thank you so much for being such a generous commenter. sudilah kiranya nad menerima sedikit saguhati dari blog nayville ni sebagai tanda penghargaan untuk nad yg tak jemu kesini. nanti bagi detail nad kat email alyyani@gmail.com

and thank you all for visiting, reading & commenting my blog. you guys are the best!!

konvo ainal

$
0
0
balik dari legoland semua kelemauan. tapi ada sorang budak ni semangat. sebab esok hari merupakan satu lagi hari yang bersejarah dalam hidup beliau. majlis konvokesyen ainal. adik aku. seawal pagi dah ketuk pintu bilik aku mintak portable charger hp dia. dah bangun tu, terus je aku pegi bilik family aku. tolong adjust jubah dia. dia kena register awal pukul 7.30pagi. so ayah aku hantar dia dulu. dekat je distance hotel dgn UTHM. tu yang dia pakai jubah siap2 dari bilik. kang kalau ayah aku yg betul kan, jenuh pakai cari kerusi la pulak. hehehe

seawal subuh dah bersiap. kalau pompuan ni mau pukul 5 bangun nak make up. nasib jantan. aku siap kena naik meja nak pin hood dia tuh.

kitorg gerak lewat. bukan boleh masuk dewan pun. nak tgk kat skrin luar dewan, giliran dia awal gila. no 20 lebih. course pertama. total graduan ada 900. maka, kitorg sarapan dulu kat hotel then jumpa akmal kat dewan besar. dia yang guide kitorg mana nak pegi. akmal ni kembar ainal. akmal tak habis lagi. 2014 kot. kenapa tak grad sekali? dia mmg suka jadi student lama2. so pegi cari bunga dulu ada pameran lagi. jalan2 sikit lah.

dah sampai dewan. masa ni risau je takut hujan sebab nampak dah gelap dah. 

cam biasa dah berebut bunga.

siap bersila panggung la kitorg menunggu. kalau dtg lagi awal, boleh mendatangkan keberbuluan. ko tgk tudung aku tuh, dah macam pasu bunga bergerak pun ye. sama mcm bunga mickey mouse tuh.

nia baik punya landing kat yan dia. dok depan pintu merasa lah aircond. 

bila nampak NC dah berucap kat skrin, depan dewan dah jadi lagi sesak sebab habis NC berucap diorg keluar. tapi nak menunggu NC berucap mak datuk, lama benau! semua orang dah resah gelisah. tapi mmg ini lah suasana konvo kan. ramai kaum keluarga yang datang meraikan hari bersejarah ahli keluarga diorg. biasalah, yang konvo sorang je tapi yang dtg 1 bus.

haa keluar sudah. parent keluar pintu kanan, graduan keluar pintu kiri. kiorang tunggu ditengah2. sebelah aku sorang lagi tu kawan ainal yang sekarang dah jadi staff kat ofis aku. sebelum ni training je kat ofis aku dah pun diserap masuk sebagai staff. tak nak lah aku ajak adik sendiri masuk ofis aku kang banyak conflict of interest, jadi bahan pulak nanti. 

belakang tu lah dewan konvokesyen diorang. dewa baru ni. mak ayah aku ni mmg suka bergambar. maka jalan sikit amik gambar. jalan sikit amik gambar. especially apak den.

lepas tu terus je menuju kat tempat nak amik gambar studio. ada insiden kat sini. bila sampai turn kitorg bole pulak apak aku hilang. aduhai.... jenuh lah mencari masing2. rupanya tertinggal masa lalu kat ramai2 orang tuh. dah jenuh menunggu turn balik. apa pun bila dah ada depan camera, sorok muka tension, make sure senyum!

nak jugek dia. bagikan. wei, bila siap gambar? tak sabar nak tgk. this was actually the first time kitorg amik gambar family kat studio lepas konvo. masa akak aku konvo tak de pun. masa aku konvo lagi lah, deme langsung tak ingat kejadian konvo aku. sabajelah. so mmg aku yg suggest gambar studio ni.

lepas tu kami dipaksa oleh akmal untuk melawat library terbesar di asia ni. layankan..

dalam library. mmg besar. aku cam penuh ke library ni? tapi aku rasa penuh kot sebab connection internet dia strong dalam ni. sedap surfing. hheheheh...  gambar kat atas tu sepupu ayah aku merangkap pakcik kitorg. professor emiratus zainal. bangga lah jugak sbb prof emiratus pertama di UTHM. pernah jugak mengajar adik aku.

the one and only Tun Mahathir
then sambung bergambar kat luar. semua ada kecuali family along aku.

aku suka gambar ni. 

tahniah ainal sebab dah berjaya menggenggam segulung ijazah. idak la bergulung ijazah tu ye tak? perumpaan lah. semoga terus success dalam kerjaya kau pulak. realitinya bermula sekarang. masa belajar boleh kata sessi honeymoon lagi. sekarang ni bila kau dah melangkah dalam dunia perkerjaan, this is where the real life begin. kehidupan kau bermula sekarang. macam2 orang kau akan jumpa. macam2 kerenah kau akan hadap. kerja sungguh2 supaya usaha kau dihargai. again, congratulations & all the best in your future undertaking. 

note : aku rasa dia ni single & available lagi. yg berminat meh anta cv. hahahah... ala apa ada hal single ke tak. jadi lelaki orang tak heran pun ye tak? kita yang pompuan ni, sure org keliling dok bunyi. mmg letih kalau dgr kata orang ni. eh, kelaut sudah....

Istanbul, Aku Datang : dah tengok

$
0
0
"bila dua jiwa dah sebati, susah nak dileraikan"

apa yang membuatkan kita nak tgk 1-1 cerita tuh? kalau macam aku lebih kepada aura cite tu lah. ewah aura ko. kalau nak ikut kan, dalam movie ni takde sape pun yg aku minat. tapi mcm ada minat sikit kat beto tu lah. lepas tgk dia belakon kat tv. cite apa tah lupa. and of course review orang yang dah tgk. macam cerita untuk 3 hari tuh, pung pang pung pang orang kata best gila. tapi bila aku tgk kan, serba tak kena. tak best pun. ni pendapatan aku lah. rasa tah, mmg tak best lah. aku bagi 1/5 bintang. 1 bintang untuk 'aku penah jumpa afdlin shauki dan dia sangat mesra alam especially dengan niadel.' aci?

ok, apa ada dengan istanbul aku datang?
sinopsis cite dia simple je. dian (lisa surihani) pegi istanbul sebab rindu kan azad (tomok) yang tgh study kat sana amik medic. dia decided to take short course kat sana jugak sebab nak berada dekat dengan azad, end up stuck dgn beto (sampai sudah aku tak tau sape nama beto dalam cite ni. sape eh?) and found out azad ada awek istanbul. dah simple tu je sinopsis dia. so korang pun boleh agak apa jadi.

apa yang best?
best lah. tak membosankan. takde 1 scene pun yg bosan. takde scene temenung- menung, flashback, meratap, menangis. semua scene penuh isi. and aku tau pengarah cite ni, yang buat cerita 'gol & gincu' dulu. gol & gincu tu, kalau tgk ulang2 pun tak jemu. same goes with istanbul, aku datang ni. flow cerita dia sangat best. cinematography dia cantik. bandar instanbul pun nampak peaceful. dialog dia best. takde yang keterlaluan. secukup rasa dan seadanya. pelakon2 dia pun bersesuain dgn karakter yang diorang bawak. tak ramai pun pelakon dia. lisa surihani, beto kushairy, tomok, aizat amdan (yang aku kenal).

apa yang tak best?
cam biasalah, memaparkan couple zaman sekarang yang bercinta. peluk2 tu mcm tak salah. duduk serumah tu macam tak salah. benda2 yang haram dihalalkan. walaupun aku puji melambung2 tapi bila scene2 tu ada, tetap mengganggu minda aku ni. bukan apa, aku imagine budak2 yg tak kahwin lagi tgk, couple2 yg tengok, sure merenyam. lepas tu mula lah nak buat dosa kan.  kalau kita yg dah kahwin tgk ni takpe. ada pasangan yg halal. hahahah... so mmg tak suka lah part2 tuh, mcm menggalakkan maksiat. nauzubillah lah keturunan aku begini.

moral of the story?
banyak. kalau dulu aku tgk satu2 cite tu just because of the casts. sekarang tidak lagi. aku lebih mencari isi penting dalam cerita tuh untuk dijadikan pengajaran. 
  1. don't mess up with your girlfriend. wife lah jugak kan. don't cheat them.
  2. jangan biasakan diri meminta peluang ke-2 daripada seseorang, manfaatkan peluang yg dah tersedia didepan mata. appreciate them.
  3. i don't believe in long distance relationship. (moral of the story ni ye. ada yg ok je. tapi aku setuju pendapat yang ni)
  4. don't be rude to your girlfriend. orang yang biadap dan bercakap kasar bukan seorang lelaki yang baik. respect them and you will get their respect back.
  5. blog = diary. ok, ni bukan moral of the story pasal cintan cintun. tapi pasal being blogger. dian (lisa surihani) dalam cerita ni ada blog. semua aktiviti harian dia dia update kat blog. i feel like doing that too. apa yang diperlukan? iphone & macbook. amik gambar kat phone, tak yah cable nak transfer gambar. transfer via icloud je. gambar terus appear kat macbook. and cerita apa yang berlaku harini and publish! aahhhh i so wanna do that. nantikan yeh. ewah!
so tu lah serba sedikit review saya tentang cerita 'istanbul, aku datang!' cerita dia best! 

pengakuan : lepas tgk cite ni, i macam minat kat tomok dengan beto. cool eh beto nih. ;) source : google

quote that suits the movie. source : wisdom quote

tgk masa lunch tadi. sanggup tak lunch sebab nak tgk wayang. nak tgk dgn laki aku mmg tak lah. laki mak kan internasional.  and it worth my RM9!

sabtu ku kini

$
0
0
kita jadi dian dalam istanbul, aku datang eh. cerita pasal daily life. semua benda cerita. bukan filter cite yang best2 je. so here we go. so, harini merupakan sabtu pertama wan bekerja. ye, kerja baru dia ni sabtu kena kerja. aku ok je. dia keje, aku boleh kemas rumah. ni lah time yang ada. kalau tak, most of our weekend mmg ada je halnya. bertur program nya. in fact, patutnya weekend ni balik kedah sebab ada wedding tapi end up kena cancel lah sebab wan pun baru kerja. and lepas ni, mmg banyak lah program hari sabtu tak boleh attend. especially wedding. camne nak ke kelantan bulan depan ni ye. huhu..

konon2, papa pegi keje, mak dgn anak2 berkubang lah atas katil bangun pukul 9 ke 10 ke. ewah. dalam mimpi je lah. pukul 6 niadel dah bangun macam biasa. mintak mandi. aduh, stress. orang kata cuti harini, tak sekolah tetap nak mandi. paksa diri bangun dan mandikan anak2. settle mandi, turun bawah, papa pergi kerja bermula lah aktiviti spring cleaning rumah. seawal jam 8 pagi dah buat mama temper. 

tak marah pun. tapi dia dah nangis siap2. modus operandi yang paling efektif sekali.

 sebelum tu pagi2 dah kena bukak kedai dobi. adel muntah. tah begaduh dgn kakaknye lepas tu batuk2 sampai tekeluar susu yang dia baru minum tadi. tu hari aku start awal.

masak keropok lekor officemate bagi dari terengganu. kudap2 sampai lunch.

sementara tengah tunggu mesin tuh, nak mengambil mood vakum rumah, layan cite ni dulu. korang dah tgk? mood beto kushairy sekarang ye. tgh nak tgk cite2 lakonan dia. cite apa lagi yang aku kena tgk? sila cadangkan ye. kemain lama amik mood sejam setengah ye.. niadel pulak dok layan cd konsert diorang.

diorang buat keje sikit. sementara mama mendobi baju. tup2 dah pukul 12 tengah hari. masak untuk lunch. sambung sidai kain. 3 trip harini mesin jalan.

tengah hari tuh adik aku datang. singgah sebelum nak balik perak. dia baru balik dari bandung. meroyan aku tgk dia memborong kat sana. terketar2 nak pegi. mmg kena pegi gak 1 fine day. kek ni katanya wajib dibeli kalau pegi bandung. kartika sari brownies perasaan coklat / tiramisu. sedap yang amat. 

tak lama lepas tu, wan pun balik. petang tu hujan, sedang elok lah badan pun dah penat. membongkang sampai ke maghrib. elok sangat perangai kan. malam lepak je. ni nak pegi pasang bedsheet niadel. never ending. betul lah being a housewife ni mmg lagi busy sebenarnye. tak dan duduk langsung. kalau kat office tuh boleh jugak take 5. ini baru nak take 5 ada je benda nak kena buat. maka, salute to all the housewives out there. 

(tiru dian dalam istanbul aku datang)
ok, till then...
XOXO...
love.. D... tapi aku apa? love.. A
Publish!

kain, potty train adel, wedding, unjailbreak idevice

$
0
0
apa punya tajuk daa.. harini bangun awal macam semalam. dan macam sebelum2 nya mcm keje je. tak boleh nak lelap walaupun ngantuk. sebab seru melipat kain sudah mari. bila seru tu dah datang, jangan ditahan2. buat selalu. bayangkan bila aku tgh lipat kain tu, baju dari pegi singapore trip dulu pun ada. hebat tak hebat aku peram kain. maka separuh hari jugak lah settle. naik pitam tengok baju menimbum. tapi lega sebab dah clear katil kat bawah tuh. 

lepas tu vakum kat atas pulak. semalam vakum kat bawah. stamina kurang nak buat semua serentak. aci gitu? lega rumah dah bersih. dalam 12.30 gitu baru settle. oh lupa, harini aku dah start potty train adel. lambat kan start? train baby tua lagi senang rupanya. berani mati gak aku tak gulung carpet ke hape. sekadar alas dgn changing matt je mana dia pegi / baring / duduk. sekali je tekucil. tu pun dia cakap 'mamabacah...' belum menjejer. sempat diselamatkan. then lepas tu sampai sekarang ok je dia. nak pee dia kabo. aku dok tanya banyak kali 'adelnak peetak?' aku lak kena sound dengan nia 'kalauadelnakpeenantidia bagitaulahmama' hamboi!

alas

alas

alas. seluar dah bertukar sebab tekucil.

menjelang tengah hari, siap2 keluar nak pegi wedding kat dewan de' seri endon, puspanitapuri, putrajaya. payah nau nak mengeja puspanitapuri tuh. wedding sepupu ayah aku. kira 2 pupu aku lah. kenal sikit2 je. lagi pun ayah aku pesan suruh pegi. wakil kan dia. maksu aku lak whatsapp suruh pegi jugak sebab maksu keje. ok, free kan, pegi je. sampai dalam kul 1.30 gitu. 

the entrance. waaahhh...

sepanjang masuk ke dewan dihiasi dengan foto2 pengantin. waahhh..

siap ada red crpet. waaahhhhhhh!!!! mujur mak pakai proper you. ikut kan nak pakai jeans je tadi sebenarnye. 

kitorg dok betul2 tengah2 meja beradab. so mmg laluan pengantin. dapat lah tgk secara dekat. yang belah aku pengantin perempuan kot. huhu. aram tau weh!

beratur nak amik coklat celup ni. tapi sampai turn nia, cupcakes dah habis. bergenang dia depan counter tuh. sabajelah.

tau tak apa yang bermain dalam fikiran aku sepanjang majlis ni?? berapa ratus ribu lah habis ni ye. hahahaha.. alang kita kalau kenduri kat rumah boleh cecah 5 angka apa lagi kalau buat segah begini. but then, kita mampu, kita buat lah ye tak? mmg semua pun in place. aku jarang sangat pegi wedding2 gini. tu mak jakun.com. everything were beautiful. then jumpa pakcik makcik, sembang2 sikit, mintak diri. then report kat ayah dgn maksu aku kata dah pegi. dan dah menyampaikan kiriman salam yang dikirim.

lepas tu wan tanya nak kemana? aku cakap KL lah, alang dah lalu MEX. bayar toll, dah blur sotong tak tau nak kemana. takde rasa nak bejalan. niadel tido, then decided patah balik. balik rumah tido. petang tadi konon nak update blog tapi takleh nak upload video. tension. video kat dalam hp wan. so bila cucuk iphone wan kat laptop aku, itunes tu nak update software kat iphone wan. aku pun laju je click ok. sekali sangkut!

 dia keluar gini. aku disconnect cable dari laptop, skrin appear gitu je. maknanya nak tak nak mmg kena restore. try off phone pun tak leh. sumpah cuak.

then baru teringat hp wan jailbreak. nak update, kena unjailbreak dulu. lepas tu dah tak boleh nak cancel. dia stuck keluar instruction suruh restore ios. aku dah cuak nak mati. sebab kalau restore, semua data hilang. especially all the contacts. sebab tak de buat backup pun. cuak siot. dia nya takde. keluar. aku solat maghrib dulu. doa banyak2 moga dilembutkan hati suamiku. aku dah bayangkan teruk kena ni kang. macam budak kecik pulak. ye lah, hp tu kan segala benda ada. tu riso. 

mengadu kat nia. "nia, habis lahmamakenamarahdengannia. mamarosakkanhppapa." dah si nia lagi takutkan aku. "aiyok, hppaparosak mamabuat." cis anak! dia tunggu je depan pintu tunggu papa balik nak ngadu kat papa la tuh. wan tak bawak phone sebab aku dok transfer video kan. wan balik je nia biasa lah, reporter! wan rilek je. aku over gelabah. restore je lah katanya. ok zass buat. bedebar gila sebab mmg hilang lah contact dia.

restore in progress. berdebar2 ko. lepas settle restore, dia back up pulak. aku cam, eh ada back up kah? masa tu doa banyak2 at least ada contact. bila dah settle semua. IOS pun dah upgrade. first thing tgk contacts. tadaaa.. retrieved! lega siot. rupanya dia auto synchronized. apps lain2 tu boleh je download balik. cuma papago mmg tak lah nak beli. haritu jailbreak boleh je download free. la ni kena beli $24.99. mmg tak lah nak beli kan. apa pun lega sangat boleh retrieved semua data balik.  maknanya yang kedai charge certain RM untuk unjailbreak and backup data tuh mmg buta2 bayar je lah. padahal boleh je buat sendiri. 

tu yang gempar ditwitter tadi bila aku tweet, matilahakukenamarahdgnlakiakukang. sebab hp dia lah. semua nya dalam keadaan terkawal. makanya, sebagai penutup entry kali ini, moral of the day ialah lipatlah baju atleast seminggu sekali untuk mengelakkan pitam kain, esok adel dah boleh try pegi school diaperless, kos kahwin sekarang bukan murah, jangan gatal2 godek hp orang & nak unjailbreak iphone, sila jumpa saya. FOC! and apple device leceh??? tak lah, ok je. ;)

semua kau nak cerita ye... AAK??
nite!
Publish!

family photo legoland version

$
0
0
love tak rupa love. rupa buah epal kot...

masam je niadel. kepanasan... my latest desktop wallpaper.

yan, perut kau!

masuk sini jangan lupa pose 'L' ye..

happy diwali!

$
0
0
rasa seperti malam minggu je. minggu ni pergi keje perasaan tu macam hari jumaat sebab esok nya cuti. berselang seli cutinya. tapi perasaan je lah. kerja bertimbun jugak. office mmg macam mood cuti lah. sebab budak dah start cuti sekolah, office pun macam nursery. anak2 officemate datang sekali. so mmg leisure je rasa harini. dok sembang pasal trip ke kelantan next month. nak duduk mana. aku punya misi nak shopping tudung bawal. masih trending lagi kan tudung bawal? ok, mmg tak sabar nak pegi pantai timur lagi. aku kalau kata pegi kelantan ni dalam kepala dok fikir tudung, kain pasang dgn toto. hehehehe... and of course the food. dok mencari hotel / homestay lagi ni. kalau boleh yang bukak mata terus nampak wakaf che yeh. tapi wedding officemate kat rantau panjang. takpe, pegi wedding kejap je kan. :)

tu je lah cerita menarik harini dalam hidup aku. ni baru kesempatan nak update blog. niadel tak tido lagi. tadi tgk adam&hawa pun tak aman. bising budak2 ni. semalam maksu call dia tanya ada bape orang dalam rumah adik tuh? macam ramai je. padahal budak be2 ni je. mmg bising. mama dah lemau dah ni. lepas ni nak masuk tido dah.
esok nak pegi mana ni? korang bawak anak2 kemana? wan cakap takkan nak pegi hong kong balik hari. ingat nak naik genting. tapi musim hujan ni tak sesuai lah pulak. mandi sungai? lagi mengarut. langkawi balik hari? bukan2 lah idea. nak pegi mana ni weh? rabu nak pegi mana? tak boleh duduk rumah saja2 dah sebab last weekend dah memerap kat rumah.

sempena deepavali yang menjelang esok, aku nak share video nia menari lagu hindustan bertajuk chammak challo dalam cerita lakonan hero pujaan hatiku shah rukh khan, ra.one. lagu tu untuk konsert nanti. budak umur 6 tahun punya konsert. tapi sebab niadel kan full day kat sekolah maka tau lah step lagu ni. sebab dah nak konsert ni deme dok berlatih hari2. tu nia pun berlatih kat rumah juga. lagu dia nanti lagu korea. meh tgk chammak challo versi nia.

aku rekod masa tgh tgk Anugerah skrin haritu. punya lah bosan. baik aku layan anak aku buat konsert. adel tu ada hati jugak nak join. ada lah rupa step nya sikit.


ni original version of chammak challo. warning : video ini mengandungi banyak pendedahan kulit. aku nak korang tgk dance step dia lebih kurang sama dgn nia nari. kira teacher diorg ada amik step kat sini jugak lah 


esok juga release filem terbaru SRK. jab tak hai jaan. mmg nak tgk, tapi dok tgk kat GSC & TGV, tak release lagi pun. kata release on deepavali. ish, bila release ni. tak saba nak tgk. kipas-susah-mati lah katakan.

last but not least, happy diwali to all indian friends out there.

yukids island, borders, tony roma's - the curve

$
0
0
hoi panas hati aku nih. panas hati ajar anak. hahahaha... abaikan. dah janji nak cerita hari2 kan? lets! lepas subuh dah tak boleh nak tido. baik mak, apak mahupun anak2. wan ajak pegi jogging. aduh, tak set dalam kepala kalau kena jogging adhoc ni. so kena lah fikir apa nak buat harini. tanya member2. then datang lah idea nak ke yukids island kat the curve tuh. dah lama tgk / survey pasal yukids ni tapi tak terpegi sebab kena bayar kot. jujur :) tapi ni sebab dah kesian sangat kat niadel, pegi lah jugak.so terus je bersiap pagi tuh. keluar awal, sarapan dulu kat mamak then terus ke the curve. awal lah jugak kitorg keluar. dalam kul 10 lebih dah sampai the curve.

nia camwhore sendiri. budak2 ni kalau keluar rumah mmg berlipstick. tu pakai lipstick lah tuh. nude color. cap revlon lagi. dah jadi diorang punya dah. hari2 tak penah missed ber gincu, perfume. aku makan mee goreng mamak, papa makan nasi lemak, niadel roti kosong. then baru boleh main dengan selesa perut dah kenyang.

perjalanan diteruskan. sekali sangkut kat pekan cina. jem luar biasa. raya / cuti kot eh tu ramai outing. cuak jap sebab lambang minyak kat dashboard dah menyala. riso kot kena tolak kete je kang. tak penah dibuat aku kes minyak habis ni. benda last lah nak dielakkan sebab boleh mendatangkan kerisauan. mujur sempat. ye tau ada lagi dalam RM10 ke hapa, but still, lampu minyak dah menyala kot!

awal pagi sangat bangun, terlena dalam kereta. jadi cuak mama. sebab ni first time outing diaper-less. takut kang ter-pee lak. asyik lah kejut panggil nama dia tapi dia lena tido. mujur lah takde berlaku kebocoran. sampai je terus naik tingkat 2 kat the curve. sebelah reject shop.

dah sampai. kitorg antara yang terawal gak sampai. so mmg lengang lagi. masuk sini kena pakai stokin. so kena bawak lah siap-siap. no socks, no entry katanya.

admission fee. mahal lah pada aku. sekali sekala pegi ok lah. nasib baik for guardian free. kalau kena bayar, lalu depan yukids je lah kita ye. parents pun kena pakai socks gak ye.

niadel banyak main dalam ni. terjun dari entrance ke bawah. gerun aku tgk nye. ni time tak ramai orang lagi. lewat petang, kalau terjun mmg boleh berlaga lah. bahaya je tgk.

 nia lah banyak habis kan masa kat sini. melompat sepuas hati. enjoy betul. kalau lah mama boleh lompat jugak, mama join sekali sebab macam boleh release tensi je.

ni pun jadi port adel. main slide kat sini. cute2 je tgk game dalam ni.

bila masing2 dah mintak susu maknanya dah surrender la jap tuh. sebab dah tengah hari, lapar lah pulak. so keluar pegi lunch jap. boleh keluar masuk as long sticker kat baju anak2 kita tu telekat. kalau dah takde sticker maknanya bayar lah balik kalau nak masuk or tak boleh nak masuk lagi. 
 skang tengah year end sale. GF hush puppies buat sale. aku tgk dari atas je. wan yang pegi sementara aku tunggu niadel. macam banyak je choices tuh.
masuk metrojaya jap ingat nak cari hadiah untuk newborn. sekali baby nye dah balik ganu bepantang. pusing2 nampak kasut sekolah angrybird ni. anak korang yang nak masuk sekolah boleh lah belikan. comel kot. hehehe.. RM35 je. esok nia masuk dajah 1 mama beli kasut angrybird ni. bukan minat angrybird tapi macam cool lah pulak kan. 

nampak borders, masuk borders. nak cari buku untuk niadel. banyak choice jugak eh dalam ni. tak penah kot masuk borders ni sebab takde dalam kawasan.

sampai terduduk lah sebab nak cari buku yang sesuai dengan apa yang dia belajar and sesuai dengan umur dia. masalah nia ni dia boleh habiskan buat exercise kat 1-1 buku dalam masa sehari dua. kalau macam buku kumon yg tebal tuh tak sampai seminggu settle kot. macam yang ramai orang dah tau dia suka buat exercise tapi dia stok yang nak cepat habis.  bila nak cepat habis and certain books tu dia tak belajar lagi dia paksa lah mama nya ajar. mama nya pulak jenis tak reti mengajar. so sebab nak cepat dia tanya mama each questions. tu yg mama dia tgh tension ni. ni ha tgh tension la ni. mana nak tgk adam&hawa ni ha. mana nak update blog. mana nak mengirakan dia lagi. stress2! anak nak belajar pun stress ye. apa punya mak aku ni.

yang sebelah tu hanya menempel semata- mata. suka kan buku hanya kerana gambar didalam buku.
 cozy dalam ni. kalau lah borders ni ada kat jusco equine ke, tak yah pegi perpustakaan negara.

ok, buku2 ni sangat menarik. ada pakej pulak tuh. 5 buku dalam 1 pek hanya RM11.90. kalau pegi legoland 1 kotak lego boleh habis beratus, dengan buku kau nak kedekut? sila jangan, semua buku kat atas ni keluaran Green Tea Publications. kalau yang berminat nak cari. dah dapat buku, ronda2 lagi sikit sebelum pegi lunch. 

kiosk AJ bawal. tak dan nak menjenguk. boss dah jeling. siap sound. tu esok nak pegi kelantan bukan nak beli tudung bawal gak ke? baek!
lalu depan BR. ada hanis zalikha dalam tuh. baca kat twitter. konon nak masuk lah amik free 1 scoop of ice cream. rupanya kena like and vote dia kat fb which benda tu tak boleh buat via phone. gitu. so tgk dari luar je lah dan berlalu pergi.
nice... asalnya nak lunch kat bubba sekali bubba penuh. so ke tony roma's kita kat e@curve
tony roma's pun full kat dalam. kat luar je ada tempat. so ok je duduk kat luar. syok gak. sebab baru je lepas hujan. sementara kat tony roma's ni je, siap 1 buku dia buat. kitorg makan dgn aman dan sentosa nya sampai tersandar kekenyangan.
dah kenyang, masuk balik kat yukids ni. time ni orang dah makin ramai.
lepak kat area ni pulak

princess castle in the making. sebelah tu papa nya buat. macam tu je rupa nya? tgk nia punya tu ha. :p

hasilnya...  bukan dia buat semua ni. kolaborasi dgn papanya. lepas tu suruh mama duduk situ jaga castle dia sementara dia pegi main lagi. sabajelah

last pose sebelum balik. ok lah dalam ni. niadel enjoy. kitorg yg sangap. untuk budak besar niadel ni sesuai lah bawak. kalau kata dah 6 tahun ke atas tuh macam tak sesuai sebab dalam ni utk toddler gitu. utk toddler they surely will enjoy. utk parents yg nak kena melanguk tunggu sila bawak ipad/tab or charger hp utk surfing. wifi disediakan. stokin jangan lupa.

ondway back home. adel dah pengsan dulu. kakak dia tak reti2 penat. sambung habiskan lagi 1 buku. belum sampai rumah 2 buku dah siap. aku cite ni bukan nak cakap anak aku rajin ke pandai ke apa. kalau pandai semua subjek dapat 100%. ni tak pun. cuma nak tunjuk kat dia kalau besar esok dia malas belajar, tunjuk balik entry ni, dulu masa kecik rajin je tau, so besar pun kena lah maintain rajin buat revision. haa gitu lah. sampai rumah ingat kan tido terus, ni tak tido2 lagi. tak aman nak tgk adam&hawa. ni tgh tgk don 2 abe shah rukh belakon. kul bape nak tido anak2 oi. oh oh and, adel punya misi diaper-less masa outing harini success! tapi aku jenuh pegi toilet lah. lepas sorang2. minah toilet tu siap dah kenal kitorg. kalau tak nia, adel, kalau tak adel, aku. haaa kau!

ok pembaca2 sekalian, aku nak solat, nak siap barang anak2 nak sekolah esok, nak kerah anak2 tido and tgk balik adam&hawa tadi kalau mata mampu bertahan.

nite!
publish!

Salam Maal Hijrah & Happy Birthday Mak

$
0
0
bercinta nak update. mata dah ngantuk gila2. tapi tv tayang cite kuch2 hota hai pulak. iklan je tukar Armageddon. esok cuti maka tahan kan mata ni. so, cite harini takde yang best. takde yang best tapi kau update jugak kan. pagi2 masa tgh besiap dapat SMS yang membuatkan aku senyum lah jugak.

awal bebeno msg nye. biasa aku hantar niadel pukul 8. ni pukul 7 teacher dah msg tanya. ingatkan transit tutup ke apa rupanya teacher rindu niadel. comel disitu. and glad to know that diorang senang dengan niadel. moga ianya kekal sampai bila- bila.

lewat sikit hanta pagi ni. biasa pukul 8 pagi dah sampai school. ni tadi dalam 8.30 pagi gitu. liat betul nak bangun. subuh gajah duduk tadi. slow2 iron baju and bersiap. niadel kalau tak kejut, tak bangun lagi agaknya. harini first day hantar adel ke sekolah tak berpampers. aku lebihkan baju basahan incase kalau dia ter-pee. and aku pesan kat teacher kalau adel pee just pakai kan pampers sebab aku tak nak susahkan diorang. and aku bagi changing matt sekali alas tido.

sampai ofis ngam2 pukul 9. letak bag, osman ajak sarapan sama kat mamak. tetiba tekak teringin nak makan maggie kari a.k.a maggie soup mengikut term mamak. sekali sekala pekena maggie soup mamak best eh?

sambil makan tuh, sambil on the phone dgn mak. harini hari lahir mak kitorg yang ke 55 tahun. nak SMS / whatsapp dah habis ayat yg puitis2 nak reka. maka kita call saja. sempat lah sembang bertopik2. masuk office, kerja, sembang, kerja, sembang, masalah, tak leh handle, stress, amik bag, kunci kereta, lunch time cabut lari. 

pegi jusco balakong nak cari birthday card mak. konon nak pegi memory lane tu yang tak pegi mines. tapinya jusco pun nan ado memory lane. tu jusco equine. silap jusco daa.. sepatutnya afdal post on monday so boleh sampai on mak's birth date tapi mmg tak sempat sangat nak mencari, baru nak beli and dah pos pun tadi. ingat nak pos kat post office dalam jusco tapi turn nye bapak panjang. so balik office pakai account office je lah. jumaat mak boleh dapat kot.

boss aku whatsapp ni kat group. aku pun reply. boleh balik awal ke boss? sebab maghrib sekarang awal. takut tak sempat. dalam kepala ni dok ingat kena baca yasin 3 kali tuh. silap lagi daa.. hehehe..  so dah baca siap2 kat office. tahun baru, banyak azam yang nak dilunaskan. moga aku boleh maintain all the momentum terhadap2 azam2 yang aku nak laksanakan. amin... 

dekat nak balik tuh boleh pulak guruh bedentum. pukul 6, office dah kosong lepak jap kat mamak. pekena milo panas sebelum balik.

wan call ajak keluar beli barang dapur balik keje kang. ni ondway balik rumah amik niadel motif gambar? kalau hujan kan bila tekan pedal tu kalau pakai kasut mesti ada mengeluarkan bunyi yang ngilu. aku ngilu terhadap bunyi2 itu. maka terpaksa menanggalkan selipar. gila kekok drive tak pakai kasut. dulu masa memula belajar bawak kereta nak pakai kasut tak berani. la ni tebalik pulak.
amik niadel terus tanya teacher adel pakai pampers tak? teacher kata tak. wah, happy! setakat ini ye. balik rumah. then keluar balik pegi jusco. beli groceries sikit sebab esok plan nya nak duduk rumah je. so kena lah masak2. siap bawang segala pun dah habis. top up lak apa yang patut. style aku beli time nak masak. kalau rasa nak masak tu, time tu beli. tak penah buat stok sebab kadang kalau buat stok, dah jadi tak rajin nak masak or tak berkesempatan nak masak or penat nak memasak. so apa aku nak masak, time tu beli. singgah lah kedai mana beli barang sikit2.

gambar ini budak 2 orang wajib letak.  dah settle, terus je balik rumah. tak dinner kat luar pun. makan je lah apa yang ada kat rumah.

settle semua2, on tv, ada pulak cerita menarik ditayangkan serentak. sejak ada PVR ni, jakun.com lah sikit. semua benda nak rekod. and baru tau boleh rekod 2 cite je dalam masa yang sama. kalau tgk rekod, boleh tukar channel 2 tu je. aku di dalam dilema tak tau nak rekod cite apa.  sebab adam&hawa banyak ulangan tak rekod tuh. rekod my all time favorite movies kuch kuch hota hai & armageddon. yang mana kalau tgk cerita ni confirm merembes rembes ayor mata keluar. tapi ni ayor mata tgh keluar jugak. ayor mata pedih tahan ngantuk. sanggup!

cerita adel tak pakai pampers tak habis lagi, tadi dia nak berak, cam biasa ada lah port kegemaran di bucu meja makan. dia nak berdiri je situ berak tak nak masuk toilet. bila aku letak kat toilet bowl melalak2, end up pakai kan pampers. and tak berak pun. ni terus tido. takpe adel, pertama kali nak berak kat toilet mmg amik masa nak biasakan diri. mama paham. :) esok cuba lagi ye.

tengah2 tgk tv, adik aku tweet birthday celebration mak kat lumut. tradisi birthday mesti ada cake & belanja makan. suka wording kat cake tu. simple je tapi penuh makna. we love you forever mak! *idea sape tu weh?* adik2 aku semua ada kat rumah. yang dah bekeluarga ni je takde. hope mak happy selalu.  cake perasaan turkish indulgence. bak kata ainal amik feeling #Istanbulakudatang. sungguh tak boleh blah!

ok, sekian ceritera aku untuk hari ini. ada sorang ni bagitau aku, sakan betul ko update blog sekarang. ape kes? serious takde apa2. momentum tengah naik, gini lah. esok lusa tak tentu lagi untung nasib blog ni lagi. SELAMAT TAHUN BARU & SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA...

till then! aiyoh, adel dah bangun. pukul bape lak nak tido balik ni???
nite!
publish!

tak kemana

$
0
0
assalamualaikum. buat apa korang? dah mandi? dah solat? dah makan? aku semua2 sudah. tido je belum ni. mata tak boleh nak lelap. cuti oi, rugi tak tido siang. seperti yang dirancang mmg harini tak kemana. housekeeping sahaja.

sarapan. dah lama tak makan nasi lemak dabur bonda kat area rumah kitorg. makan sebungkus tak cukup. wajib makan 2 bungkus. wan kalau makan nasi lemak, wajib ada telur goyang inul namanya. kembang tekak aku nengoknye.

sebelum housekeeping.

kerja- kerja housekeeping sedang dijalankan oleh papa. sementara mata aku ni rasa dah nak katup je. tu lah bahaya makan nasi lemak pagi2, mesti mengantuk. sambil layan citer kuch2 hota hai. semalam bukan tgk sampai habis pun. tak menahan mengantuk yang amat. ni tgk balik.

lepas tu sessi masak2 bersama anak2. ha kelass adel,  potong bawang sambil meniarap. boleh?

kalau lah aku dah amik corelle set aku tuh, sure nampak lagi sedap nasi ayam aku ni kan? hahahah.. correlle set aku dah ready for collection. tapi aku belum berkesempatan nak amik lagi. tgk lah next week macam mana. this week mmg tak dan. 

 dah kenyang, yeay! sekarang niadel tgh tido. 

on tv, sekali ada cerita beto kusyairy lah. bagai orang mengantuk disorong kan bantal. mmg dah lama nak tgk cerita ni tapi tak jumpa pun kat youtube. nak dowload tak reti. dah kekenyangan, takde benda nak buat moh layan cerita ni. later!

publish!

corelle ku

$
0
0
bad day today for me. macam2 insiden. punca nya aku sakit kepala. dari malam tadi. tak cukup tido ke, sakit kepala nengok pe'el niadel ke. aku pun tak sure. tambah pulak dengan kerja office yang macam2. dikejar dateline oleh boss. makan actifast tak jalan jugak. ish apehal tah. lepas tu mak call ingat nak ajak sembang it turn out to be aku macam tinggi suara pulak. dang! there goes my day. jadi lagi tah apa2. sorry mak, tak sengaja sangat.

tengah hari tak join kaum hawa jimba- jimba. terus je ke gombak. yeay, my corelle set, come to mama. traffic tak heavy langsung. jalan lengang. setengah jam je dah sampai tempat nak collect. excited gile tak tau nak kata. bak kata jiey, mmg sekarang dah very the tahap mak2. dah amik, terus je balik ke office. belum keluar taman perumahan tuh, sebab lalu banyak bumper, aku letak corelle kat seat belakang.

kiri :
aku placing kan corelle aku kat seat belakang.







kanan :
tiba- tiba aku lalu satu bumper ni, gedegang! 1 kotak jatuh kebawah. YA ALLAH!!!

tak dan dan berenti tepi jalan. celah bedah mana tah masa tu tak kira. aku mmg dengar dah bederai dah dalam kotak tuh. cuak 18 dah aku. shaking gila. macam2 lah dalam kepala ni. order punya lah lama. sabar menunggu sampai stok sampai kat malaysia. ada lebih kurang 3 bulan kot. patut nak pakai masa raya. tapi sebab ni new design, aku sabar menunggu. sekali boleh pecah macam tu je.

terus bukak, and check satu- satu. yaAllah macam tak percaya je elok je semua. takde yang pecah. sepengetahuan aku corelle set ni jenis nipis. tah aku pegang tu ringan je. macam jatuh sikit confirm pecah. sumpah aku dengar bunyi kaca bederai dalam kotak. rupanya pinggan mangkuk tu berlaga dalam kotak. yaAllah lega sungguh masa tuh.

then i saw this label on the box. and baru aku tau corelle ni susah nak pecah. kisah nye. kira aku dah try test run berani mati lah. mmg betul tak pecah. balik office masih menggigil lagi ha. mcm tak percaya. barang fragile yang paling aku tunggu boleh aku lakukan macam tu je. balik office macam bengong2 masih tak percaya je lagi. rilek2 je. balik rumah baru menggelupur memunggah balik.

design yang menjadi pilihan. wan mmg nak square design. konsep rumah kan square. maka pinggan mangkuk pun konsep square juge. dan2 berkonsep kan.

hi corelle. welcome home. perasaan dapat berpinggan mangkuk idaman hati ni macam dapat anak baru je. bagi lah mak chance excited. mak tak penah beli pinggan mangkuk. pinggan mangkuk yang sedia ada semua wedding present. terus simpan pinggan mangkuk lama kat kabinet paling atas sekali.

suka weh!
nite!
publish!

maggie asam laksa

$
0
0
hi! i was supposed to update blog last nite. in fact mmg tu lah time aku update blog. sebelum tido. end up aku pegi catch up balik grey's anatomy. 4 episode tercicir. sudahnya tido kul 2.30 pagi. bangun subuh, weng! so semalam punya activity same like previous week. lepak rumah. misi sabtu menghabiskan stok daging kurban. dah masuk Muharram, ada lagi bongkah2 daging dalam fridge.

ada budak happy sebab dah pandai join the dot tulis huruf. lepas tu tak habis2 puji diri sendiri. 'mama, adel pandai..'

i cooked this for lunch / dinner. aku nak makan lala tapi cari kat pasar mini kat area sekolah niadel takde pulak, malas pulak nak ke pasar borong. teringin nak makan lala. nanti cari. cantik nye telur dadar aku atas pinggan corelle. tak gitu? puiiii!!!!! elok je sudah makan, hujan pulak. apa lagi, memngukur katil lah. 

pukul 6 mandikan niadel. DVD session pulak. wan ajak pegi tasik kat cyberjaya. tak bergerak pulak aku. sedap duduk rumah. 
 
malamnya, uncle niadel datang. apa lagi, bising lah budak2 ni teruja. nak tgk AIM pun tak aman. aku ada rekod tapi bila nak tgk balik performance muara hati tak leh tgk. apsl eh? silap tekan ke? rasa betul dah tekan R tuh. ish..

adik2 aku siap bawak buah tangan lagi. sungguh tak boleh blah. kerana membaca review aku yg best tu agak nye pasal cerita istanbul, aku datang tu, membuatkan adik2 aku pergi tgk cite ni. and lagi over dari aku sampai boleh tgk 2 kali. tu dapat buah tangan maggi asam laksa ni. yang tak tgk lagi cite ni, tak tau kot whats up with this maggie asam laksa kan? tak nak jadi spoiler untuk yang plan akan tgk cite ni kat wayang.. so aku tak cite.

ni keje aku malam tadi. layan grey's anatomy. the one and only tv series that i watch currently.

pagi tadi terus je buat maggie asam laksa. terliur2 pulak bila tgk nye. lama gila tak makan. sesekali makan maggie layan gak kan? betul lah rasa kosong je meja aku ni. table runner pulak lepas ni ye bed? kahhhhhh tensi wan. lepas satu, satu...

Love... A...
Publish!

ok, aku nak boikot...

$
0
0
edited entry : sorry sangat sebab bagi wrong info. thanks to bihah for giving me the latest info product that supported by Israel. shame on me for sharing wrong info with you guys. thanks alot dik!

aku rasa aku lah orang paling tak amik port pasal keadaan semasa. i don't read newspaper. i don't pgoogle on current issue. i'm not watching buletin utama. sungguh aku tak tipu. aku je ke gitu or korang pun sama? senang cite tak berminat nak amik port pasal berita semasa lah. aku dok mengirakan hal aku, anak- anak aku, kerja aku dgn family aku. thats it. tu pun dah rasa mcm sesak, apa lagi nak ngirakan hal dunia luar. tapi kan, rasa terkesan pulak apa yang berlaku di GAZA. after reading all the tweets about what happen in GAZA currently, sedih nya. dunia nak kiamat. so was thinking, apa yang boleh aku buat selain dari berdoa & menderma? aku boleh starts with this. tak sangka sebenarnye sebab aku ni kategori urban lah jugak. self proclaimed you. tapi hati kecil aku sedih dgn apa yang berlaku di GAZA sekarang. apa aku bole mulakan?

coca cola, fanta, sprite  - minum air kosong je.
maggi - ok, semalam punya asam laksa will be my last maggi
marks & spencer, Calvin Klien - tah aku tak pakai branded2 sangat nih.
Timberland - bata sudah
arsenal - ???? camne ke nak boikot tuh??
Nokia - Apple dihati. 
Ambi Pur - ada 1 brand kat AEON ni, mula dari F wangi gila. 
kotex - moh libress lepas ni
Disney - mak duta poney ;)
Nestle - alamak, niadel minum susu Dutch Lady lah. kena tukar ni bang.
20th Century Fox - kita tgk grand brilliance je lepas ni istanbul, aku datang. :)
Time - majalah mingguan wanita sudah
Starbucks - alamak, frappucino chocolate cream chip dia adalah among the best compare to other chocolate ice blended. ok, choco forest j.co je lepas ni.
mcD - masak sendiri je lepas ni. (katanya!)
Levi's - ermmm... ok, tak beli dah lepas ni.
johnson & johnson - ok, kita switch to carrie junior. wangi gak tau, aku pakai aufa punya masa balik kampung.
loreal, garnier - i pakai nutox. nak kulit sama macam fazura, katanya.
carrefour - AEON dihati
revlon & maybelline - i pakai MAC. tapi kena pakai safi lah kot lepas ni ye.
Huggies - Adel drypers
The Sun - Tak baca paper pong
Gap - gap kids boleh kan? :p

 and the list continue...

"LETS PRAY FOR GAZA.... :(("

tgk hindustan = wajib nangis

$
0
0
semalam pagi lepas adik2 aku balik ke destinasi masing2, tgh hari kitorg keluar. ada date dgn shah rukh khan. aku ada request kat wan nak tgk cite ni dgn member, dia tak layan. nak tgk sorang suruh dia jaga niadel. lagi lah kan. angguk tidak, geleng pun tidak. sudahnya, moh kita tgk anak beranak. booking kat alamanda pukul 12.30. 12.30 ngam2 sampai kat GSC tuh. collect ticket and masuk, terus start. 

how was the movie?
cliche. love story. kali ni cerita cinta versi dewasa. or senang cite, versi orang dah kahwin. molek lah aku tgk dgn laki aku kan. shah rukh khan weh, apa yg tak best kalau dia belakon? jangan suruh aku review. aku kalau shah rukh khan mmg aku bias. takde yg tak best. story line dia kali ni best. unpredictable ending dia. boleh jadi itu boleh jadi ini. lagu2 dia kali ni tak semua yang best, tapi bila dah tgk movie and tengok scene dia baru rasa best. ish best lah.

aku memula macam tak suka je heroin dia. katrina kaif & anushka sharma. heroin zaman kita kan kajol, madhuri, aishwarya and so on. ni heroin generasi baru. tapi bila tgk, aku cam wow! mmg cocok lah dgn watak yg dibawa. cuma aku rasa shah rukh khan too old for romance movie. apa pun shahrukh khan kot!

did i cry?
gila tak menangis kalau tgk cite shah rukh khan ni? wajib nangis! this time around lagi parah. sebab ini adalah movie terakhir yash chopra. kenal ke sape yash chopra? dia salah seorang movie maker yang terkenal dan terbaik di bollywood. when the movie was about to release in just few days, yash ji died. he was king of romance. dilwale dulhania le jayenge, dil to pagal hai, mohabbattein and banyak lagi filam2 romantik dan box office yang beliau arahkan.

lepas habis cerita, dia tayangkan disebalik tabir movie ni, tunjuk the late yash chopra. lagi aku meroyan menangis. sedih sangat2 sebab ini movie terkahir beliau. tu pasal outing semalam,  i'm not putting any make up on. kang cair celak buruk pulak rupanya. takut laki sendiri tak sanggup nak jalan dengan bini.  gila2 sedih. keluar wayang tak habis lagi meleleh, pegi toilet sambung nangis lagi. hahahaha.. apekehey aku ni? hati tisu ye harap maklum. lagi pun rugi lah kalau tak nangis bila tgk cite hindustan kat wayang ni. bila dapat nangis tuh rasa mmg berkesan lah movie ni. rasa puas. tu aku lah. over nye aku. tapi ada mak kisah? laki mak pun tak kisah. dia geleng kepala je. hahaha..
major samar anand. korang tak cair ke? hahahah..

samar with meera (katrina kaif). samar teaching meera singing a punjab song. cantik eh dia ni. aku tak pernah tgk dia berlakon. ada 1 lagu dia dia menari, terlopong lah aku. bukan sebab sexy tapi sebab awesome. kena pulak dgn SRK lagi lah pergh!! nasib lah berlakon dgn SRK, tidak kalu, sampai kesudah aku tak tgk dia berlakon.

major samar anand with akira rai (anushka sharma). akira is a journalist who works with national geographic is currently doing a documentary on major samar anand. suka gila tgk karakter dia dalam ni. rasa kalau dapat anak esok nak letak nama akira. sungguh lah dah terpengaruh.

and... SRK broke his own rule in this movie. apa dia? tak mo bagitau aci? aarghhh tak suka!

balik rumah petang. malam tu ada pulak cite ombak rindu kat tv. haa sambung menangis aku. carry forward dari cite hindustan tadi. mmg hari menangis lah aku semalam. sampai pedih2 mata menangis.

moral of the story (Jab Tak Hai Jaan) :
kalau kita sendiri tak gembira, bagaimana kita nak menggembirakan orang lain? maka, make ourselves happy than only we can make other people surround us happy...

 last but not least, pandangan dari tempat aku sedang update blog. kena tunggu sampai budak be-2 ni tido. tapi ni dok bergurau senda lagi. maka, siap 1 entry nih.

nite!
publish!
Viewing all 270 articles
Browse latest View live