Quantcast
Channel: Mrs. Simplicity
Viewing all 270 articles
Browse latest View live

kesian adel...

$
0
0
tajuk very the attention seeker ye? kahhhhhhhhh.....

jam menunjukkan pukul 12.36pagi dan aku baru on laptop. mata tak leh tido. mari update blog berlatar belakangkan lagu ajari aku, anuar zain. ape kes? nothing. baru sempat nak dengar lagu ni & tgk VC dia. moral of the story dalam VC ni ialah, pakai lah seat belt walaupun duduk kat seat belakang ye. tetibe!

fobia #1 : jamban duduk
so, as i promised kat insta tadi nak cerita pasal fobia adel. kesian adel. lately banyak benda yg buat dia trauma. as u guys know, adel dah pun free diaper. malam nak tido je pakai diaper. nap time pun tak pakai. cepat eh? tak sangka gak senang. outing pun tak pakai. so what happened on the potty training session yg bikin adel trauma? adel tak mau pee kat tandas duduk kalau kat luar (selain dari rumah).

apa jadi? aku tak ingat kat mana, tapi kat toilet shopping mall lah, bawak adel nak pee. masa dia duduk kat toilet duduk tu, agak slippery toilet tuh, masa dia tgh pee dia terjatuh. tapi sempat aku dakap lah. tak injured ke apa. so sejak dari itu, dia takut nak pee kalau nampak toilet duduk. which masak jugak lah aku nak cari toilet cangkung everytime dia nak pee. kesian jugak lah kat dia kan. baru je nak mencebur kan diri dalam bidang free diaper ni, sekali jadi insiden mcm tu. 

masa kitorg pegi tgk wayang tu kan, aku dah siap2 pakai kan pampers kat adel. kes malas nak bawak pegi toilet sbb mak nak focus 3 jam tgk shah rukh khan dalam tuh. sekali masa dalam wayang tuh, dia mintak pegi toilet. aku cakap 'adel pee lah dalam pampers' tak nak dia. ish! sabajelah anak aku ni. pegi lah bawak pegi toilet, tanggal pampers, then bila dia nampak toilet duduk dia kata 'adel tak nak..' aduh... agak dah, mesti takut. takde pulak toilet cangkung kat situ. 

so, sangat lah risau takut dia ter-pee kat seluar and dia tak nak pakai pampers. turun percentage mak nak concentrate tgk wayang. then half way through, dia mintak pegi toilet lagi, laaa hai anak. rushing lah bawak pegi toilet sebab first time bawak dia tak pee kan. then again, nampak toilet duduk dia tak nak pee. aduh.. pakai pampers tak nak.

kesian kan? sanggup tahan dari nak pee kat toilet duduk. kat rumah ok je. sebab kejadian tu tak berlaku kat rumah. kalau kat luar masalah sikit. how to over calmed this problem eh? kat sekolah pun no problem sebab toilet cangkung. nia yang bagitau. tu lah kisah fobia adel #1.

fobia #2 : transit smart reader
teacher nur ain, yang jaga niadel ni ada anak bujang dalam form 1 kot. so cuti sekolah dah start, anak2 teacher ni akan lepak kat transit. ok lah takde hal pun. ada 1 hari yg aku amik niadel tuh, adel nampak aku dia dah sedih cakap, "mama, adel takut hantu...' she keeps on repeating the same thing. aku cam, ish budak ni nampak ke? then according to nia (mmg reporting tak bertauliah betul ni) adel takut kat anak teacher nur ain. nia kata boy. oowhh kisah.. ok lah takpe. 

so the next day bila aku nak hantar diorg pegi sekolah pagi tuh, masuk je kereta adel dah nangis. ah sudah. kenapa kah? selalu dia lah yg paling excited. dia cakap 'adel takut abang...' hmmmm tak leh jadi ni. harus dikobarkan kepada teacher. 

mujur lah hari aku hantar tuh, principal ada and principal yg bukak pintu. turun kereta kena berdukung sampai naik tangga. tak nak bejalan. nangis & takut. then principal asked whats wrong? i told the whole story. aku tak marah, cuma aku tak nak ada unnecessary thing yg membuatkan anak aku refuse to go to school. tu je. aku nak diorg pegi sekolah tu happy.

then bila amik diorg malam tu, another teacher cerita kat aku yg anak teacher nur ain tuh sebenarnye nak main dgn adel. aku paham je. tak kan lah budak dah besar panjang nak jerkah adel. but still adel rasa takut lagi. semalam aku amik diorg (niadel) duduk kat sekolah bukan kat transit. harini pun sama. 

tadi aku naik atas nak bayar yuran, sekali aik! apsl tido kat bawah (sekolah). teacher zai kata she refuse sleep upstairs (transit) so i jaga dia kat bawah. nia pulak dok atas dgn teacher nur ain and anak dia yg adel takut tuh. aku nampak anak teacher nur ain yg adel takut tuh. ok je budak nye. adel je yg takut. pelik lah, adel bukan jenis takut kat orang. dia approachable.

tapi tu lah, tak sangka lah adel ada rasa fobia. ok kalau takut, tapi mcm drag pulak. ingat dah jadi 1 benda buruk tuh, lupa. ni dia boleh ingat. ke sebab dia dah besar kot eh? kesian adel...

aku cite panjang2 ni jangan korang tgk gambar sekeping tu je ha? hahahaha... minggu ni mmg tak banyak gambar sebab mmg tgh busy gile kat ofis.

till then...
nite!
love.... A
publish!

kan dah kata...

$
0
0
kan dah kata, aku ni gebang je lebih. update hari2 mcm si D dalam Istanbul, aku datang kunun. puiii!! orang tu single, busy kejar bf je kejenye. kau ni tak sedar diri. ada anak, ada laki, ada kerja. macam free & easy benau ye. ok tu je nak cakap. hahahah... nanti2 lah aku update lagi. aku mengantuk sangat dah ni. hari2 balik keje, membelek anak2. badan dah lemau. terus boom tido bila letak kepala atas bantal. the following week sama jugak lah gamaknye ni. harap aku tak tenggelam terus. ni kira ok lah, tenggelam timbul jugak kan. later guys! have a great weekend. we actually did. kalau tau lah, duduk rumah je best and rileks, weekend je duduk rumah kita. setakat mak kemas atas, anak sepah bawah, mak masak, anak bikin projek melumur baby oil kat anak patung, setakat mak baru nak duduk, anak demand macam- macam, setakat mak tengah solat, anak bawak keluar bawang main masak2, apa lah sangat kan. tu aku penat benau ni. tak mampu dah tahan mata ni. 

serabut di rumah, serabut di ofis. ape lah sangat kan?????

nite!
love....A
Publish!

mid life crisis

$
0
0
aku rasa aku sedang menghadapi mid life crisis. sebab next year dah 31 ke? 

am currently no mood for everything. 

hibernation mode on.

Publish!

tonsil dah remove. what else???

$
0
0
ni bukan aku cakap tapi doktor yang cakap. i was thinking the same thing. tonsil dah settle ingat dah takde demam2 ni dah. sekali kena jugek. semalam kenanya. pagi2 dah rasa seram sejuk. start dengan flu. aku kalau kena flu stok tak leh nak tido. sebab nose block. syukur lah kena on weekend. tapi runsing anak2 lah pulak. tp ok je diorg. sepah2 nanti kita kemas lah ye dok? janji bukan kena time keje. semalam petang gi amik ubat kat doktor. tu pun sebab actifast dah habis. alang2 keluar terus pegi jumpa doktor.

semalam ada wedding rose. tak dpt lah pegi sebab laki aku keje kan. tambah lak tak sihat mmg tak dapat lah pegi. harini pun sama. masih tak settle gak lagi. tak larat nak bangun. makan je ubat selsema terus pengsan setengah hari. penangan! harini pulak ada 2 invitation. aqiqah anak neny & jon and birthday party anak officemate aku. kempunan laki aku nak makan kambing. aku lak kempunan nak makan chesse brown cake yang sedap gila nak mampus officemate aku buat tuh.

nak buat camne. sakit tu kifarah. redha... petang sikit mak ayah datang singgah. diorg ada wedding kat bangi. singgah lah jenguk anak cucu. ni baru je balik. aku baru lepas mandi and baru rasa segar sikit. beza dgn tonsil fever. kalau tonsil fever mau makan seminggu. ni within 2 days dah settle. alhamdulillah..

tiap2 malam nak baca yasin anak2 aku nih. bagus2.. walaupun terbalik!

32 years and counting.. InsyaAllah

$
0
0




wow, 32 tahun you! kitorang? esok baru nak masuk 5 tahun. long long way to go. to mak and ayah. selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 32. terima kasih banyak2 kerana melahirkan kami, membesarkan kami dan mendidik kami sehingga kami menjadi orang dan berjaya. moga diberi kesihatan yang baik. moga hubungan kekeluargaan kita especially mak dan ayah kekal bahagia hingga hujung nyawa. insyaAllah.

kat rumah ada 4 orang tapi beli kek seketul besar. rupanya nak tulis 1 perenggan atas kek. mujur ada adik aku dah bermastautin balik kat rumah. apa2 sambutan boleh diwakilkan beliau.

gambar ehsan hak cipta terpelihara dari iphone5 ainal. cilok dari twitter. perlu ke mention iphone5? ye perlu. :)

and and and, happy 5th anniversary to us tomorrow. aku doa yang baik baik sahaja dalam rumahtangga kami. moga rumahtangga kami sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. amin ya rabbal alamin...

kid'z paradise, the mines

$
0
0
last friday baru berkesempatan ke bigbadwolf kat mines convention center. sebelah ofis ni je ha. ok, dah tau lokasi, boleh lah nak pegi lagi sampai habis exhibition dia pada 23/12/2012. this year, lebih teratur kan compare to last year. lapang dada lah nak memilih. ke sebab aku pegi orang tak ramai. aim kali ni nak cari buku aktiviti untuk niadel, nak beli buku bacaan, nia x pandai baca lagi. banyak betul simple storybooks yg dijual. kalau nia pandai baca, confirm berkotak kotak mama beli. 

then beli buku untuk ofa, wah, ofa pun ada buku ko. banyak soft books for babies. so mak ngah beli kan untuk anak buah mak ngah yg sorang ni. buku mama awak? mak ngah tak larat nak angkut banyak2. tunggu sessi lain mak ngah pegi. buku untuk diri sendiri? jangan lah ditanya. beli lah juga tapi takut sampai tahun depan tak terbaca. tapi lepas appraisal baru ni, terjaga dari tidur jugak lah bila mana ............... tak yah cite lah. appraisal kot. semangat baru tahun 2013 nak kekalkan kpi yang baru dapat pada tahun ni. insyaAllah.

keluar dari mines convention center ikut mines shopping comlex, mata tertarik kat sesuatu. korang dah tau ke aku baru tau? baru bukak dua hari. in fact, masa aku pegi, nak masuk free sebab pengenalan. pergh, rugi nye tak tau. tau kalu, mmg aku angkut niadel ke sini. nama nak masuk kena bayar tu, mama sayang duit. hahhahah... nanti2 lah, mesti mama bawak jugak dah dekat je kan. and its more attractive compare to the other playland kot. sebab ni ada sand pit. ke tempat lain ada gak? sorry, aku tak tau, aku penah pegi yukids kat the curve je. lets check it out the photo yang sempat aku snap.








menarik kan? lokasi, kat level 4 the mines chopping center, new wing.

5 hari lagi...

$
0
0
assalamualaikum. aku ada je. cuma... cuma... cuma... dah loss momentum nak update blog dek kesibukan diri. takde masa langsung nak update blog. amboi, busy bebeno bunyi nye. begitu lah kira2 nya. banyak nye benda nak cerita. tapi tak tau macam mana nak put in words. mrs nayville dah mati kata uols. hari2 online, tapi tak tertulis kat sini. gitu lah kekdahnya. so apa yg mendorong aku update blog ni? sebab blog ni ada pembaca. kan??? so aku update. kalau korang tak tanya kabar, alamatnya mmg terkubur masuk pengkalan kubur lah blog ni. so thank you to those who were asking kemana aku menghilang.

cite pasal pengkalan kubur ni last weekend kitorg pegi kelantan. macam macam macam kejadian yang berlaku. thats another long story yg aku kena buat. nak sangat kongsi. cumanya virus M tuh kuat bebeno. cite pasal pengkalan kubur, haritu boss aku whatsapp kitorg dia dah sampai ke pengkalan kubur. i thought it was kubu. rupanya betul kubur ye. 

since nia dah bole mengeja word yg 2 suku kata dia bole baca lah word kubur tuh and dia tanya mama ni apa? aku jawab pengkalan kubur. siapa masuk kubur? haaaaaaaaaaaa??? kelakar la pulak. ok dah tu je nak cite pasal pengkalan kubur.

so kitorg baik2 aje. takde yg exciting pun berlaku dalam family kitorg untuk dikongsi. semuanya normal2 saja. so tinggal lagi 5 hari lagi kita nak masuk tahun 2013. so mcm mana dengan tahun 2012 kita? awesome tak? kalau tanya aku, banyak benda pahit dan manis yg berlaku. kalau rajin nak je buat 2012 highlight. tp mungkin janji tinggal janji saja. major thing of course kitorg dah duduk kat rumah sendiri. yg lain2 tuh, suam- suam kuku je kot.

lagi apa eh? maknanya kurang lebih 5 hari lagi niadel nak masuk sekolah dah. sana sini rancak aku tgk parents menyediakan kelengkapan sekolah anak. memula aku pun gedik gak nak belikan niadel bag sekolah baru. tapi wan kata, yg lama bole pakai lagi, tak payah la nak bazir. and that makes me thinking kenapa nak beli baru kan? mungkin aku akan ada sifat berfikir bila niadel masuk sekolah nanti kawan2 tunjuk bag / kasut baru tp diorg takde benda nak tunjuk. kesian pulak kat anak aku. being a kids kita paham la kan. so aku kena tepis perasaan itu. padahal maybe diorg ok je. maybe. 

hopefully diorg paham konsep asal kan barang tu elok lagi, pakai sampai habis. kalau nak apply kat maknye tak boleh. sebab mak nye dpt gaji bulan2 kan. so sebulan kalau tak beli benda baru, mak rasa x tenang hidup. hahahaha.. sebelum bapak mengeluarkan statement keji itu, baik sendiri mengaku. kahhhhhhhhh...

so, niadel masih maintain kat sekolah sama. menengokkan tadika yg tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tergugat iman ni. ye lah, ada lebih disana sini. tp diingatkan oleh wan, tempat tu baru, kualiti nya kita tak tau lagi. walaupun tadika tu dah ada nama. tp pengajar dia kita tak tau camne kan. ok, point is highly noted. jangan gelojoh nak mengikut orang. dah selesa dan puas hati dgn progress anak2 kat sekolah sekarang, why don't we just trust the school that we have enroll our kids kan. 

baju sekolah niadel dah dapat awal dah. baju mmg aku beli baru sebab baju adel ada 2 helai je. so kena tambah stock. senang. kalau hari isnin sampai jumaat pun mesin basuh tak jalan, ada lah baju nak dipakai. gitu! yuran pun dah settle bayar untuk 1st term sampai bulan april.  esok nak masuk may baru pening balik mana nak cari duit. takpe, rezeki untuk anak2 ada. next year nia will add on 1 more subject iaitu mandarin. apekehey tetibe nak amik mandarin ni? ikut orang? tak lah. alang dia dah full dah kat smart reader tuh, tak salah masuk kan extra class kan. and aku rasa akan ada advantage bila seseorang itu boleh berkomunikasi dalam bahasa ketiga. i have to admit that. extra point disitu. so tu lah aku punya aturan untuk nia. moga2 dia boleh catch up. no pressure on her and also to adel. slowly but surely prinsip hidup papa. belajar agama? since dok transit deme dah belajar agama. so not to worry on that also.

dan seterusnya membawak kepada azam aku pada tahun 2013. mmg tiap2 tahun aku pasang azam. bukan lah azam. kind of target. bila ada target ni kita akan berusaha ke arah itu kan. takde lah target apa pun. aku tak reti nak buat wishlist ni. tgk org lain ada je wishlist diorg. syok gak baca. so azam aku hanya nak menjadi seorang yg positif. luas maksudnya positif ni. but yup, i want to be a positive person. harap misi nak menjadi positif ini mendapat sokongan dari orang sekeliling especially dearest husband.  

lagi, azam 2013, i wanna look good. apa maksudnya tuh? tah. kemas sikit lah pegi mana2. dah la muka macam zomba. maksudnya nak berbedak la sikit bila keluar rumah. tampil kemas sentiasa. gitu! apa yg membuatkan aku berniat gitu? takde sebab apa pun. cuma make up yg ada kat rumah tu makan tahun dah tak habis2. tak kan nak dibiarkan. pembaziran itu kan amalan syatinirrojim. so kena lah pakai kan. tu timbul azam itu. 

lagi, ramai kot sedia maklum tahun 2013 tahun menambah keluarga. tu plan kami, tapi kalau Allah punya plan tak nak bagi kami rezeki itu lagi tahun ni, kita cuba lagi tahun 2014. dan seterusnya. Dia lebih tau apa yg terbaik untuk kita kan. mudahan- mudahan ada lah rezeki adel nak beradik. wah beradik ko. tgk kan pe'el adel sekarang ni yaAllah teramatlah manja nye. org nampak dia mcm independent tapi sebenarnye......... tak na lah dihabiskan kata- kata itu. hanya mak nya saja yang tau. takpe, anak aku. buat lah kot mana pun mama tetap sayang. tetiba :)

last but not least aku bagi lah korang gambar anak2 aku ni kot ada yg rendu....


besar dah adel kan?? kuat bercakap. membebel je kejenye. papa nya kata baka semua ni. hahahah.. mama jawap apa tau 'any problem with that???' diam uols!

kakak nak masuk 5 tahun next year. besar dah. rasa mcm best fren kitorg bila bole sembang semua benda. kelass kau buat homework pun ber make up. ko mampu??? teruskan kerajinan mu ye nak...

5 more days before we enter 2013. buang yang keruh, amik yang jernih. mulakan 2013 dengan benda2 yg baik. insyaAllah. gambar korea versi niadel tu bukan aku pegi photoshoot ke apa. tulah costume masa concert diorg. cerita concert pun tak tercerita ye. haish, banyak benda tertunggak. 

 andai kata lah sampai 2013 nanti pun takde entry baru, aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua ye.

be good. be nice to each other :)

kelantan : misi tudung bawal & maggie ketam

$
0
0
becinta... becinta nak update blog. hari2 ada je gambar aku snap tapi tu lah. tersadai je dalam photo album punya folder. mana pegi ke-excited-an aku mengupdate blog ni? makanya mohla kita mengupdate blog.

so, last weekend kitorg ke pantai timur. dah lama plan nak ke kelantan ni. sebab nya officemate aku kahwin. takde lah plan mana. last minute baru nak betul2 plan nak pegi bila, stay kat mana, bape hari and so on. dah nama pun last minute kelam kabut lah cari tempat tinggal. 

memula kitorg plan nak stay kat homestay kat KB yg siap highlight burung berkicauan, ayam berkejaran, tupai berlompatan. haa kemain damai bunyi nye ye. tp bila nak call aram berangkat. camne nak beniaga macam ni? then try lah call homestay2 yg lain. unfortunately semua dah penuh. dasar last minute. last2 kitorg booked kat tune hotel. ok lah kan. nak tido je pun.

tiba hari nya, jumaat kitorg gerak lepas solat jumaat. staff yg akan ke kelantan dibenarkan balik kul 12. khamis malam tu aku dah pack barang. tak nak dah packing barang last minute. kalau kata masuk office kejap tu, takda makna nya kejap mesti drag. benar lah bagai dikata. gitu gini, kul 4 berjanji kat petronas bentong.

trip kitorg kali ni mmg macam2 insiden berlaku tau. aku cerita lah ye. and this will be a long one. korang baca. penat mak type ni. bukan senang mak nak update blog. :p dari toll gombak nak ke bentong dah jem. boleh tahan lah kete bersusun.

otw. amik niadel kat smart reader then terus je gerak. dalam kereta pun ada insiden yg tak diingini berlaku.

kereta bersusun. kitorg ikut gua musang. jalan jem sampai pekan bentong lah. lepas tu ok la. cuma bila hujan tu kena slow la sikit kan. aku kalau pegi pantai timur ni yg tak tahan nak hadap long journey dia lah. jalan simpang siur lak bila ikut jalan dalam. nak tido pun tak sedap hati nak kena temankan wan yg drive. banyak jugak lah petrol pump yg kitorg berenti. dah pegi ramai2 ni kan, tak kete kita, kete org lain nak berenti. gitu gini pukul 10 malam baru sampai kat gua musang. mak oi, jauh nye rasa. masa tu ingat KB nak dekat dah. rupanya makan 2 jam lagi nak sampai yeh.

kitorg berenti makan kat gua musang. marshal a.k.a amin yg lead. jumpa sepupu dia kat situ. sepupu dia yg open table. perut dah lapa, makan lah dalam keadaan lemau dan kepenatan. oh sebelum tu, otw nak ke sini, dalam kereta, adel bole muntah lah pulak. selambak atas badan aku. habis tudung fareeda mama. tshirt dgn seluar. baik punya port. nak berenti jauh lagi. dalam kereta tu jugak lah settle kan. adel lepas minum susu dgn makan dalam kereta boleh main lompat2 dgn kakak dia kat belakang. tu sampai muntah. first time lah aku handle anak muntah dalam kereta. mana penah budak2 ni muntah dalam kereta sebab jalan jauh. huish tak leh lupa....

perjalanan diteruskan. bertukar driver. dari gua musang nak ke KB tuh rasa mcm dari KL nak balik perak. akhirnya, kitorg sampai pada jam 2 pagi. 

 kesian anak2 tersadai dilobi keletihan. bangun tido bangun tido tak jugak sampai2. jam 2 pagi di KB mmg sunyi sepi. kitorg je lah yg masih berjaga agaknya. hujang baru lepas berenti kot time ni. 

first time menginap di tune hotel ni. so mmg dah expect apa yg selalu dibaca. ok je. tv bukan mampu nak tgk pun. misi pegi kelantan ni mmg nak berjalan saja. yg paling best kat hotel ni toilet dia. kecik tapi cukup seadanya. adel tu muka gitu tak ingat kenapa. kena paksa tido kot. muat ke 4 org tido atas katil tuh? muat kan aje.. rate 1 malam RM120. 

pagi nak bangun amatlah liat. wedding officemate harini (sabtu). berangan nak makan makan nasi kerabu or nasi berlauk pagi tu. sudahnya keluar bilik pun dah pukul 10 lebih, turun lobi nampak KB mall, masuk terus lah situ makan kat burger king. lagi pulak hari dah mendung sangat. kat KL takde de nak makan burger king pagi2. kat kelantan bole makan burger king pulak. layan... nanti kenduri nak makan lagi kan. gambar teruk bebeno. ni je yg terbaik yg ada. 

sementara menunggu marshall dari pasir putih jemput kitorg sebab nak gerak sekali, kitorg pusing2 dalam KB mall. yg menarik of course semua kedai ada tulisan jawi dia. Clarks ni mmg gini eh ejaan dia? kami2 ni jakun.com lah kejap kan. keje nya nak baca dalam bahasa jawi je. 

 jalan2 lagi, masuk kedai yg jual banyak barang hello kitty. again, jakun jugak. hehehe... kettle, toaster, dan macam2 lagi lah.

ni pulak wan yg tunjuk. hehehe.. comel jek.

kat GF takasima ada pameran kat situ. masing2 pun amik kesempatan mengurut kaki dan badan. makan sejam lat kot dok situ. slumber betul penduduk2 KL nih. kot ye pun lenguh drive malam tadi kan.

whatsapp image received from my officemate yg kat area pasir putih dah mula naik air. masa kitorg sarapan kat burger king dah mula hujan. tu tak kemana. dok melepak dalam KB mall je. menunggu si amin tak kunjung tiba.

kitorg lagi slumber. siap dah bersila kat dalam mall menunggu member. jenuh tunggu lah. then baru lah tau kat KB ni kalau time cuti jem nye kalah jalan tun razak. sebab jalan nye itu je kan. dengan hujannya lagi.

janji pukul 12.30 nak gerka, sudahnya pukul 1.30 baru gerak. wedding nye kat rantau panjang. sekian jam pulak nak sampai. time boleh tahan jugak hujan lebat nya. siap wan ternaik atas divider lah. ni ada ex-indah water suruh amik. indah water tak cover kelantan.

dalam pukul 2 lebih sampai lah ke rumah pengantin. masa ni tgh hujan jugak. tu masing2 berteduh bawah khemah sebelum dijemput masuk kedalam.

tumpang solat dgn rehat kejap kat rumah emey. 

then pengantin pun datang memperkenalkan ahli keluarga baru bijakgroup nih. manis je orang nye. sama cantik sama padan.

bergambar kenangan bersama pengantin. bukti dah sampai ke wedding emey. mmg meriah kari. ni jugak lah rombongan cik kiah ke kelantan. 

petang tu mengukur rantau panjang pulak. sayangnya hujan tak menunjukkan tanda2 nak berenti. tapi tak menghalang kitorg nak ronda2 kat kawasan ni. aku tak pernah sampai. so mmg looking forward lah kan. misi tudung bawal mesti dilaksanakan sebelum balik KL.

rupanya barang2 ni pun ada jual kat sini eh. murah2 lak tu. ke langkawi lagi murah? mentally am not prepared to buy these item so tgk je lah. ish, mmg kena pegi lagi lah rantau panjang nih. tapi tak mau drive. 

rantau panjang juga sinonim dengan toto kan. tapi aku tak beli pun. tp mmg rambang mata lah jugak.

haaa tu dia. rambang mata masuk kedai tudung ni. so sessi meroyan pertama kat kedai lah. tak borong habis sebab malam nak ke wakaf che yeh pulak. ke jalan TAR pun melambak and murah tudung mcm ni? aku dah lama tak ke jalan TAR so x tau.

time ni diorg nak tutup dah. tapi layan jugak kitorg2 ni yg rambang mata semua tudung nak dibentang. kena try nak tgk IN ke tak. then ada member yg mengirim kena lah tunjuk gambar dulu. dah settle beli tudung, kitorg tak round jauh2 sebab hujan. sampai kat kereta tgk hok jate tak tunggu dalam kete pong. 

ingat kan duduk dalam kereta je sebab tadi gang pompuan je turun. rupanya turun juge deme. lama juga menunggu. diorg lg redah hujan ke seberang jalan. banyak lagi kedai. memborong jersey, jeans lg. sabojelah. 

kitorg keluar dari rantau panjang lewat petang. memula diorg nak balik hotel dulu pukul 8 keluar. tapi kang kalau balik hotel kalu, tgh hujan tu, takut tak keluar bilik dah sebab penat. kitorg direct je kat tempat yg dah janji nak dinner. 

kitorg dinner kat first station restaurant kat KB. ala2 kopitiam. kanak2 ribena tgh main batu. sabajelah.

not bad lah makan kat sini. niadel pun makan banyak. sambil2 menunggu pukul 9 malam wakaf che yeh nak bukak. tapi menung jugak. hujan lebat camne lah nak ke wakaf che yeh ni. aku tak tau apa konsep dia. rupanya mcm petaling street gitu. dah alang2 sampai takkan tak nak pegi kan. kata misi 2013 nak bertudung bawal. 

dah sampai wakaf che yeh. aku turun sorang dgn gang2 bujang yg lain. wan tunggu niadel dalam kereta. memula pegi 1 kedai ni, aku try lah tudung yg aku buat mcm kat rantau panjang tu, salesman dia agak kurang sopan bila perli cakap 'amik sekali dgn hanger2 tu kak bawak balik' so not nice dik ko buat org macam tuh. kalau tak boleh try cakap lah elok2 tak boleh bukak. bukan susah.

tawar hati, terus pegi kedai yg aku amik gmbr tudung smarties design kat atas tuh. akak2 situ baik walaupun tak paham apa diorg cakap. pekat bebeno bahasa kelantan nya. mujur ada translator. kitorg mmg habis borong kat sini. beli lebih 10 helai kot. nak bawak balik KL nak beniaga. sehelai RM10. balik KL jual RM15. heheheeh.. mmg heaven. akak kedai ni pun baik2 belaka melayan kerenah kami. settle beli tudung singgah kedai2 deret2 situ je. capai jugak lah beberapa barang. sesekali shopping kat tempat so called downtown kelantan ni best juga. sauk saja. tambah pulak dah gaji. 

balik bilik, ibu gembira, anak2 pun suka. selesai misi tudung bawal.

second day, rasa tak letih sangat. kitorg check out awal dalam pukul 10 gitu. plan pagi ni nak ke pasar besar siti khadijah. nak memborong makanan pulak. keropok to be specific. tu ada org pakai baju beli semalam. aku pun pakai tudung baru jugek. chewi!

kanak2 merenung hujan diluar sementara bapak2 masukkan barang dalam kereta. nak breakfast kat area pasar besar siti khadijah tu jugak nanti.

nak dijadikan cerita, untuk menambahkan memori lagi trip kitorg kali ni, bila salah satu kereta konvoi, tayar nye terkehel keluar. lower arm patah. mujur juga lah benda jadi kat depan KB mall lagi. baru sekelok nak keluar. 

sementara menunggu tow truck sampai, makan lah dulu kat kedai yg ada kat sini. takde pulak nasi kerabu pagi2. makan nasi lemak dgn nasi berlauk lah kita. ingat dia letak dalam ni kita nak bungkus, rupanya mmg makan dalam ni ye. kekdahnye..

niadel pun tak ketinggalan nak makan jugak atas tuh. layankan. lagi pun mmg kitorg melepak kat situ lama jugak. nunggu tow truck nye lambat sampai.

kami2 yg tersadai menunggu tow truck. nak dijadikan cerita lagi, tow truck yg otw ke sini pun rosak juga. aduh2...

then baru lah tow truck nye sampai.

kitorg melanguk pulak berejam kat kedai makan nasi ulam depan workshop ni. hujan tak berenti2. nampaknya hasrat nak ke pasar besar siti khadijah terpaksa dilupakan. takpe hikmah nye, tak nak membazir. dekat pukul 2 jugak lah selesai kereta tuh. mujur jugak siap haritu, kalau tersadai makan hari, haru jugak.

next destination was supposed to pasir putih, rumah officemate aku makan buah2an. malangnya kita mengejar masa, next plan ialah makan maggie ketam. haa.. ni another kelantan mission jugak. nak makan kat kedai yg famous tuh tutup pulak, sebab banjir. mujur ada second option. tidak kalu, hampa lah rombongan kami ni.

dekat pukul 4 jugak sampai kat sini. boss aku sorang lagi dari besut dah tunggu and dah orderkan 12 mangkuk maggie ketam.

1 mangkuk maggie ada 2 ekor ketam. ketam apa ni eh? nipah ke bunga?

gomok2 jugak ketam dia. puas makan. kalau dapat tolong kopekkan lagi puas makan. berbaloi lah. 

order ikan bakar dgn loke (lokan). sedap semuanya. 

meja clear. licin kami kerjakan!

dekat pukul 5 lebih kitorg gerak. kika join kereta kitorg sebab ada pertambahan ahli rombongan. manja la hai bebudak ni bila ada babysitter. langsung tak nak dgn mama. next trip wajib ikut lagi ye ka!

berenti kat petronas isi minyak, touch&go, isi angin tayar sebab nak melanggar banyak lagi lubang, dan membuang apa yg patut. opposite dia tu lah masjid kayu. cantik. 

kali ni kitorg ikut terengganu. masuk hiway. hiway pun separuh2. lagi kisah tragis bila dah hujan, asyik lah nak ke toilet. memula nampak lah signboard hentia ajil. sekali bila sampai tutup lah pulak. ke depan lagi, jauh la gak. jumpa lah kat hentian bukit besi. sekali hentian tak siap daaa.. lampu takde, ayor takde. jamban je ada. aduh2... amik hp, on flash light amik botol yg bergelimpangan, tadah air hujan, jalan! mmg kenangan betul lah. hahahaha...

berenti basuh muka kat gambang. sampai gambang baru berenti hujan. tidak, all the way hujan lebat. mmg thrilled habis. sampai gambang aku drive sampai lah balik rumah. tak berenti dah. sudahnya sampai rumah dekat pukul 2.30 pagi. pagi tu masuk ofis dgn niat duduk2 saja melayan mengantuk. tak mampu nak buat kerja. 

mmg pengalaman yg tak dapat dilupakan lah trip kalini. as usual setiap trip aku ni, ada je cerita extra untuk dikenang. apa pun mmg enjoy sebab pergi ramai2. so tak lah sangap sangat. kerenah yg macam2 tu nak buat mcm mana kan. standard lah tuh. tq guys yg join rombongan kita and thanks to my husband sebab sporting layan je pe'el bini dia ni. 2013 ada lagi 2 wedding office mate ye bang! :D

maka inilah entry terakhir tahun 2012 dan penutup cuti2 bagi keluarga nayville tahun 2012. awal tahun 2013 ada trip ke tempat jauh yg yet to be decide nak pegi ke tak. malas nak study2 ni lah. masa terhad sekarang ni.

berjaya2 update entry!!! typo2 tuh later lah. mata dah nak katup. good nite!

random update

$
0
0
aku cuba. aku cuba untuk menulis. kita tengok apa yang keluar. here we go... apa khabar semua? ok tak? ok je kot kan. seriously aku dah takde momentum nak ber blogging. aku sekarang tgh kemaruk balik ber instagram. kalau korang nak tau latest update pasal aku, type nama aku, aku ada kat situ. tu pun sebab ada application terbaru iaitu instaplace. mak jakun lah kan. tu yg semua benda nak snap. buat masa ni lah. pernah suatu ketika aku lesap seketika. sebab sibuk kot. skang terketar ketar asyik nak meng haplod je kan. layan. so, my latest update mmg disana buat masa ni. 

nak blogging skang masa sangat2 limited. kat office sekarang takleh suka suki nak online. do it at leisure time sahaja. masalah nya takde leisure time langsung kat office. so aku nak cite apa eh? korang nak tau apa? takde benda menarik nak story. sama je macam ayat entry2 sebelum2 ni eh. nak cite pasal anak masuk sekolah, anak2 aku pelajar tua. so takde yang excited nak story. diorg cuti pun pegi sekolah. so there's no interesting story to share.

nia skang sekolah pagi. so gesaan bangun pagi tu automatik ada. maka nya kalau punch card masuk office pun tak merah. 8.30 dah ada kat office. nia dah start kelas mandarin. mak dapat buku, nia pun dapat buku. sama2 belajar. 1st class dia belajar word 'hau she mandarin' aku tak tau camne nak spell. tp aku rasa cam cute je bila dia sebut. maksud dia 'mandarin teacher'. at first payah sikit dia nak masuk mandarin class. mujur kawan dia ada sorang masuk kelas mandarin jugak. sebab teacher cakap mandarin teacher kat situ strict sikit. elok gitu. 

kat sekolah jugak nia dah mula belajar solat. hari2 cerita kat school dia solat. syok lah dengar. dia pun mcm dah besar kan. dah besar as in, aku dengar benda2 adult dia cite. sebagai contoh bila aku amik gambar kan, dia boleh cakap 'mama nak facebook ke?' apekah???? aku tak penah ajar dia word facebook itu. advance betul anak2 kita skang ni. scary man! mama pun jarang ber facebook nak oi. how come nia boleh tau word facebook itu.

and haritu kan ada AJL, esok gi sekolah agaknya deme cite pasal AJL, bole pulak masa aku tgh tgk ulangan AJL nia boleh cakap, yuna menang kan mama? nak tgk yuna bole? seriously??? oh my! dah pandai cite pasal retis kat sekolah! dan2 tu lah asyik lah nak tgk yuna. 

anak anak... oh anak anak... 

jangan spoil kan zaman kanak2 korang. don't grow too fast.

apa ntah lagi, ada lah few issues yang keluar dari nia. sangat unpedictable. moga anak2 aku pandai lah pilih kawan. kawan2 ni pengaruh besar dalam kehidupan. adel pulak.... adel dah jadi student senior jugak. mengada teacher cakap. sebab nya dah ramai pelajar baru, semua teacher dah tak tumpu / gomol dia. so dia mcm mengada lah nak org layan dia je. sorry adel, ramai lagi yg lagi comel dari kamu. gi sekolah belajar ye. bukan nak main2. sampai skang bila sampai sekolah dia buat muka sebek dia. unlike her sister, skang pegi sekolah dia seronok. cepat2 back on track adel. adel dah besar tau. tapi ok lah, dia pun dah mula communicate in english. kira ada lah belajar dari menangis je kan.

tu je kot buat masa ni. nanti aku mengaruk lagi ye. esok keje. tapi mata buntang lagi ni. sebab semalam aku bantai tido siang berapa jam tah. mari kunci jam.

nak upload gambar pun malas weh. ni je lah eh. latest us. tadi masa makan kat johnny's. bukan senang nak convince kan laki den ber johnny's. tp dia dah jemu makan kambing kat chillis gamaknye. so johnny's la kita. oh tudung aku tu, tudung kegemaran buat masa ini. cun kan? RM8 beli kat wakaf che yeh. berbaloi2. and of course niadel wajib enter frame.

be good, be nice to each other....

Serabut

$
0
0
Serabut harini. Banyak benda jadi. Dah balik rumah tu serabut lagi. Rasa macam apa yang aku buat tak betul je. Go with the flow je lah kan. Opss aku dah kena tegur aku sepatutnya tulis 100% in... Eh silap. Kena sepatutnya tulis 100% dalam bahasa melayu. Ok saya ikut. Sebab? Haruslah sebab tatabahasa inggeris aku sangat teruk. Baik! Ok je. Korang tegur aku buat.

Pasal status johnny's tu mmg aku baru je tau bila dapat komen kat cerita sebelum ni. Tanya kakak aku dia pun tak tau pasal hal ni. So... Jadi, kitorg akan pastikan ianya takkan berulang lagi. Terima kasih kepada yang menegur. Dah semak kat jakim, takde johnny's dalam senarai.

Sebenarnye mmg aku ni jarang meng google nak tambah ilmu. Korang2 yang bagitau baru lah aku tau. Oooo...

Ok, tengah tgk bola ke kome? Tetibe lak aku layan bola. Nampak na JK.

Jaga diri!



Kocik ke bosa gambar yang keluar ni nanti. Gambar hiasan sekadar nak test (cuba). Peace no war! Cakap BM apekah??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Kena sound dengan nia

$
0
0
Naluri seorang yang aktif dalam laman sosial baik blog, facebook, twitter mahupun instagram, asal ada smartphone, semua benda nak snap. Samalah macam aku. Sejak ada blog mmg semua benda nak snap. Dia bukan niat nak menunjuk. Ada perasaan nak kongsi insiden itu dengan pembaca. Gitu lah. Kena kutuk kalu nanti, belakang kira lah kan.

Nak2 skang ada instragram, sejak ada instagram, tiap2 hari ada je lah benda bukan2 aku nak tunjuk. Aku tak terfikir pun nak kena tegur dgn nia. Selalu kena sound dgn wan je. Tapi tadi, masa aku nak amik gambar ni...

Masa nak makan kek ni, dtg lah naluri nak amik gambar kan. Kelam kabut amik hp yg bateri tinggal 4% tu, untuk di instagram kan sebelum kena terkam dengan nia.

Bole pulak dia sound, 'mama ni asyik2 nak amik gambar'. Gelak je la kitorg. Tp ayat seterusnya tu lg x menahan bila dia  'bukan ada orang nak balas pun!'Balas??? Facebook!

Kenalah ceramah free dgn mama, 'nia, mama amik gambar ni bukan nak menunjuk. Kepuasan peribadi namanya.' Kekdahnya macam dia dah besar dan paham. Hehehe

Instaplace la kan ape ke lagi. Beli kat pasar malam tadi. Sedap!

Supper makan kek. Bagus!

** sedang aku menaip entry ini, tiba2, blackout! Eh, ada dah balik.

- Posted using BlogPress from my iPhone

patung the cars.

$
0
0
ina, kat instagram kau tanya the cars tu beli ke tak? ye aku beli. terpaksa beli. rewind.... pada suatu hari tah bila tak ingat. rasa masa cuti new year kot. pegi midvalley cam biasa. lepas tu beli barang sikit kat jusco. adel dok menuntut super ring. takde pulak kat jusco tuh. nia masa tu tgh elok je tido dalam stroller. adel dok dalam troli. tetibe dia dah ngamuk2 nak tido. 

gembira sangat kan time ni. tgh lunch sebelum pegi jusco.

lepas tu ngantuk. no choice, dalam troli la landing nya. tapi tak tido pun. mengada je lebih.

dah sampai kat kaunter bayaran dia dah drama, nak gak super ring. so terpaksa split. papa singgah farmasi caring care dgn nia, mama bawak adel dalam troli masuk carrefour pulak cari super ring. beria nak beli super ring kan? anak2 aku dah addicted dgn super ring. tau2, tak bagus. tapi aku tak lah feed hari2. mana aku boleh elak, aku cuba lah elak. this time around, tak kuasa nak melayan lalakan adel, layan kan je lah.

dari jusco ke c4 midvalley tuh, si adel mengamuk lah dalam troli. nak dukung camne ke kan. masuk je entrance c4, aku nampak ada PATUNG THE CARS atas peti aiskrim, terus capai bagi kat dia. diam terus! haaa lega. then pusing2 cari super ring and few things yg takde dalam jusco tadi. tah apa2 lah jusco midvalley ni. sebab dah biasa pegi jusco lain, aku rasa jusco midvalley ni serba tak cukup. ni kat bahagian groceries lah kan.

tiba kat kaunter bayaran, aku tanya adel, adel nak ke car ni? dia kata nak. ok, maknanya aku kena cari seketul lagi sebab kang adel dah settle, kakak dia pulak melalak nak jugek. pusing2 lah mencari. tapi rasa Allah hai, perlu ke beli benda2 ni? fikir2 lah jugak camne nak elak dari membeli. so dah jumpa lagi sebijik, aku still rasa reluctant nak membeli. tengah beratur nak bayar, tunjuk ke wan. dia buat dek je. tak paham kot sebab distance aku dgn dia jauh. dia tunggu kat luar.

bila time nak bayar tanya adel lagi, nak tak? DIA GELENG AND TERUS AMIK SUPER RING. ok tak nak lah kan?? lega and tinggal je dalam bakul tu, terus blah. keluar je carrefour dia buat drama ADEL NAK CAR. ah sudah!!

dia mula lah drama. korang yang tak penah tgk drama adel ni mmg kalau dia melalak mcm kena dera lah. dia melalak sampai dalam kereta mintak car. hoi, hangin aku. papa dia tok sah cakap la kan. nasib nia tido lagi. dari midvalley melayan dia nangis, pujuk tak mau, bagi susu tak mau. last2 tertido sebab penat nangis.

tapi hati tak sedap dia bangun kang confirm tanya kang sambung nangis lagi. so kitorg singgah jusco equine nak cari apa yg dia nak. time tu fikir, kenapa lah aku tak beli je. kalau tak, tak lah jadi benda2 ni. menyesal pun ada. tapi tu lah, benda nak jadi. cari lah dalam jusco kat toy's area. nan ado. oh, sampai jusco adel bangun yes dia mintak car dia jugak.

then terfikir, kat kiosk bawah ada jual patung2 tuh, mesti ada. so kitorg turun la bawah. and....


 






tak terkata aku tgk gambar2 kat atas ni....di sebalik tabir macam2 hal terjadi.

 time ni aku rasa nia dah besar sangat. sangat lah kan. kalau besar, tak mintak beli kat seketul.

kembali menggunakan twin stroller

$
0
0
kesinambungan dari entry sebelum ni, kitorg mendapati, bila 2-2 anak nak tido, mulalah rasa kelecehan kat situ. akhirnya aku decide utk pakai balik  twin stroller kawan aku tuh. i bought from her. rasa maca guna tak lama. tapi aku rasa macam akan guna lama sebab every week mmg kitorg akan outing. mengukur mall. niadel pun makin besar. nama nak bedukung je mmg tak lah kan. mau stress dibuatnya. elok keluar nak beli barang ke terus tak jadi nak beli barang. boleh bikin spoil mood.

nia pulak bukan jenis nak berjalan. ni lah sebab dah di train dari lahir duduk dalam stroller sampai ke besar malas nak jalan. disadvantage disitu. aku tgk anak org lain elok je bejalan kalau kemana2. anak2 aku mengempap aje. takpe lah, kecik lagi. kot kalau nak duduk dalam stroller sampai ke besar pun duduk lah. mak tak kisah nak. 

tapi.... twin stroller bulky gila. sape lagi yang suka menyumpah stroller tu kalau bukan papa diorg. ater dia yang kena fold, unfold, kena angkat naik escalator. mmg nampak bulky disitu. but somehow ianya memudahkan kami. 2 minggu dah pakai, aku tak rasa tensi pun outing. sebab most of the time mmg adel nak aku yg dukung. papa tolak stroller je. stroller 1 lagi letak dalam savvy. so tak yah lah nak angkat turun stroller. problem solved!





 cam biasa lah, orang ramai kalau nampak budak dalam twin stroller confirm akan ada extra attention. kalau pakai baju sama lagi lah kan. tgk stroller, tgk anak, tgk anak tgk mak pak. gitu lah keadaan biasa bila kitorg keluar. kena tukar mind set tuh. tak semestinya kembar. anak2 kecik gap dekat pun bole pakai twin stroller juga. tapi jujurnya... mmg bulky. tapi.... asal anak2 selesa redah je lah.

Di kampung halaman...

$
0
0
Sepi tanpa berita aku ye. Otak jem lah nak mengarang. Aku muncul kembali. Ni pun sebab dah takde benda nak buat. Menengok niadel main duit dalam tabung.

Kitorg kat perak. Lama dah tak balik. Alang ada cuti panjang ni kita balik la kampung. Nak adjust balik kampung sekarang payah banyak since wan keje hari sabtu.

Gerak pukul 4 tadi. Asalnya nak singgah mines amik spek aku tapi jem pulak dari taman universiti terus gerak balik ikut guthrie. Traffic clear.

Dari dalam rumah mintak nak pakai tudung. Kakak nye pun sama tapi kejap je lah. Color blocking tak? Baru nak mengumpul stok seluar niadel wana wani. Sendiri pun berminat tapi yg ada dipasaran semua stok melekat. Geli pulak awok nengoknye. Ke ada brand yg straight cut?

Dalam kereta terus tido sebab tak tido2 dari siang. Pun bertudung litup.

Kakak dia pun sama. Pengsan sudah. Sampai tapah gak la tido nya. Bangun2 2-2 nak pee. Mujur gak ada tandas awam kat exit tapah tuh. Tidak kalu, sarung pampers je lah.

Perkara biasa kalau nak balik rumah mak. Amik oda nak makan apa. Actually aku tak bape sihat. Jangkit batuk dari officemate. Ada demam sikit tapi tak serious mana. Tapi tak selesa lah. Tu tekak nak makan pun tak bape lalu. Tapi sebab nak balik umah mak, wajib makan.

Alhamdulillah, dapat apa yang direquest. 3 pinggan aku santap.

Sampai dalam kul 7, terus makan dulu. Sebab lapar sangat aku x makan dari pagi. Saje simpan perut

Ni jam dah hampir pukul 1 pagi, masih tak tido2 lagi makcik 2 orang ni.

Biasanya aktiviti aku kat perak ni melepak rumah je. Rehat, catching up with family and of course makan tak henti2.

Esok ada jemputan housewarming kat rumah along and pian. Sorry guys tak dapat datang. Next time kngah singgah eh.

Dan takziah buat nome dan keluarga kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Terkejut sebab semua berlaku terlalu pantas. Jadi blur kejap. Moga tabah menghadapi dugaan ini ye mie. Al-fatihah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

sepetang di rumah opah / moyang

$
0
0

dah pukul 12.30am. mata dah tekebil kebil tapi tak mau tido. sebab niadel tak tido2 lagi. kitorg sampai pukul 9malam tadi. lambat lah tu kiranya. gerak pukul 4petang. jem lah cam biasa. exit kat tanjung malim ikut jalan dalam. aku tido all the way. apa lagi niadel. 3 hari kat kampung tak reti dok diam. excited. masuk kereta terus tido sampai ke KL. tu jadi payah nak tido.

semalam petang, takde benda nak buat kat rumah mak, ke rumah opah. lama tak jumpa opah. niadel keluar dulu dgn opah, paklang ainal & uncle akmal nye ke pasar titi gantung. then diorg ke rumah opah, sampai je, roger kitorg, kitorg gerak ke rumah opah. dekat je kan. 

tgk opah tgh kopek2 kekabu. kopek ke namanya ntah. terus aku booking nak top up bantal busuk nia tuh. lepak2 kejap, dekat nak maghrib tu kitorang pun balik. 

pokok betik yang rebah ke bumi. sebab hujan je 2-3 hari sebelum ni menyebabkan tanah lembut so akar pokok tak boleh nak grip. maka tumbang lah ia. banyak tu betik yang tak sempat nak membesar. mujur aku tak makan betik. makanya takde perasaan sangat lah. 

aku tgh kutip kekabu. cukup lah nak topup bantal nia. bayar lah sikit upah kat opah. bukan senang tu nak kutip kekabu.

adel pi amik roti debab a.k.a lempeng moyang. sukahati je.

mengades ngades (baca ikut ejaan sebenar. translation : mengada- ngada)

pi kejar ayam...

excited!

menjelang maghrib kami pun berangkat pulak. nak amik gambar sun set tapi tak dan.

bila hari rabu...

$
0
0
sejak niadel full day kat sekolah diorang ni, semua ok. semua aku puas hati. alhamdulillah mereka berada dalam environment dan jagaan yang baik. cuma.. cuma... cuma.... satu je. bila tiba hari rabu. kenapa? sebab ada pasar malam. sebelum2 ni mmg aku seronok lah bila hari rabu tiba sebab ada pasar malam. banyak lah selection of food kita boleh atuq. 

pasar malam tu pulak betul2 kat jalan depan sekolah niadel ni. masalah banyak disitu bila time nak amik diorang. contoh macam tadi lah. hari tak hujan. confirm ramai orang. kita pulak nak kena lalu depan tu. agak mustahil aku nak park jauh and fetch them. sebabnya diorang kalau dah ramai2 mula lah takut. nak bedukung. kalau 2-2 nak bedukung, nak  kena menapak, nak kena hangkut bag, barang yg beli kat pasar lagi. camne ke gayanya nya. mmg tak lah. 

so, selalunya aku jadi rasa tak best lah bila kena lalu jugak kan. dulu2, kalau aku pi pasar malam tiba2 ada kereta nak lalu lalang, mula lah aku memandang senget kan. dah la ada pasar malam, orang ramai, lagi kau nak bawak kereta kat depan pasar ni kan?

macam tu jugak lah aku dapat balik. bila aku lalu je orang kiri kanan mula lah mata kecik pandang aku. mulut kumat kamit cakap dgn orang sebelah. kutuk aku la tuh. "apa lah dia ni, orang dok nak pegi pasar, dia menyempang pulak kat sini". aku tak dengar pun. assumption. hehehe. tak sedap woo orang beranggapan begitu kat kita. bukan kita tak reti bahasa. mmg aku takde pilihan. nak buat macam mana. itu lah perkara yang aku kena hadap setiap rabu. 

mujur jugak lah pasar malam tak berapa nak grand. sebaris je. barang basah takde jual. tapi cukup untuk membuatkan aku tertekan bila kena lalu depan tu. ni pandangan dari pintu gate bawah sekolah niadel. sementara nak tunggu diorg turun. kereta mmg aku double park je depan sekolah diorang.

kalau hari tak hujan, mmg aku akan amik diorang dulu then bawak diorang ke pasar. time ni lah nak bawak diorang ke pasar. diorang jenis jarang sgt ke pasar. sbb mama papa jarang bawak. nia tugasan dia bagi duit, and amik baki. 

adel pulak tukang pegang barang yang ringan2. dia suka pegang bundut2 plastik tu. dia kan macam makcik2 tu suka buat benda mcm makcik2 jugak. hehehe..

tu kalau tak hujan. kalau hujan, aku agak happy la sebab jalan lengang, aku beli barang pun drive through kat pasar. sungguh kurang sopan kan? hehehe.. terpaksa. then aku belikan sekali utk teacher diorang, baru aku amik diorang and hantar makanan kat teacher. 

tu lah cerita setiap hari rabu...

at anis & zul's wedding

$
0
0
asalnya malam tadi aku nak update. tapi tetiba sakit kepala menyerang. siang semalam panas sangat kot. so terus naik atas tido. korek balik minyak cap kapak. rasa takut lak nak consume actifast. dah banyak sangat makan ubat. badan makin tua. makan ubat mmg bole sembuh kejap, tapi kesan jangka panjang kita tak tau. maka, tido lah ubatnya. tido adalah ubat yang paling mujarab sekali. by morning, ok sudah.

so semalam ada jemputan majlis pernikahan anis and zul. sebab kan wedding ni lah, ramai bebena yg PM aku tanya ni anis, kurniawan ke? to clear the air, ye this is the same anis. anis kurniawan. anis convent. anis and saleh are not together anymore. dan telah ditulis jodoh dia dengan en zul. she has been through alot. aku sebagai kawan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. dan moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat. amin...

aku dah dibooked since last year lagi. nasib baik lah dia punya majlis 3-6 petang. sebab wan kan keje. so kalau korang nak aku attend wedding on saturday, buat pukul 3 ke atas tu molek lah time nye tuh. hahaha... dia lebih kepada majlis minum petang. tapi minum2 petang pun, ada nasi jugak. macam2 menu. majlis makan2 kat rumah mak anis ni mmg tak pernah mengecewakan tetamu lah. heheheh... nasi minyak, satay, roti jala, kuih muih. maka, majlis pukul 3 sampai 6 petang tu, terentak sampai pukul 6 petang kitorg melepak. jadi tetamu terakhir gitu.

nak datang tgk diorang akad nikah mmg tak sempat dah. wan balik keje pun dah pukul 3. balik2 je teru gerak. becinta gak nak keluar rumah petang2 dgn panas terik ni. tapi keranamu anis, ku sanggup! terharu tak? :D

sampai je gang sekolah dah sampai dulu. lepak jap dengan diorang. anis dah selamat nikah time ni. tu apa nia buat kat veil aunty anis tuh? ekin, kamu sejak dah kahwin makin berseri gitu!

ni dgn gang masa matrix pulak. cam poyo je mention gang matrix. hahaha. kekdahnya explain kat new reader lah kan. ni menunggu along sampai. tu kitorg pun lepak lama. 80 kali datang rumah anis pun tetap sesat. sabajelah.

sementara menunggu makcik along sampai, lepak dalam jap. niadel dah buat mcm rumah sendiri. slumber je melompat lompat atas pelamin.

hantaran daripada kedua dua belah pihak. 

makcik along baru sampai. kesian dia kitorg paksa makan laju2. hahaha... tgk tu orang pun dah takde. tinggal kitorg je.

amik gambar sebelum balik. sorry la nis, tertutup pulak ko, along himpit aku. 

time ni izz baru bangun. si niadel dok tercari cari mana izz, mana izz. dapat gak jumpa. bila semua orang dah nak balik. so amik gambar lagi sekali kat pelamin. haru biru nak amik gambar sama- sama. laki anis confirm terkedu tgk kekecohan along. :D

i love this photo... humble je husband anis ni. that is our (aku dgn wan) first impression.

last but not least. doakan yang terbaik untuk korang berdua. amin ya rabbal alamin...

cerita aku pregnant : 3rd edition

$
0
0
ye aku pregnant. bukan cerita pregnant masa nia dgn adel. cerita pregnant terkini yakni yang ke-3. alhamdulillah positif bila aku buat UPT test tuh. macam aku cakap kat entry awal 2013 tuh, sebahagian dari wishlist 2013 la ni. it is a plan pregnancy. tak macam 2 sebelum ni. terkejut. buat2 lah terkejut ye. ko dah buat tak kan lah nak terkejut. ye lah, tak terfikir akan pregnant. naif  'sangat'! masa tu lah.

masa ni dah ready, dah cek bila nak conception date. semua plan. so masa tu jauh disudut hati, hope jadilah. tapi masa nak dekat tarikh jangkaan period nak mai tuh keluar lah jerawat. boleh tahan besar gak. dah lah dalam hidung. baik punya port. sakit! then keluar lagi seketul bawah dagu. owh, ni mmg tanda kalau aku nak period ni.

selain dari tu mmg lah ada pening segala. tu tak fikir apa lah. sebab aku sokmo pening. naik pening wan dengar aku asyik ngadu pening. mak ada migraine kan. tu takde lah fikir apa2. ok lah hari2 diteruskan macam biasa. 

lepas tu cakap dgn wan, first trial ni gagal kot. sebab keluar jerawat macam nak period je. then ok lah, takde hal. cuba je lah lagi nanti kan. so patut period 1feb. tapi tak mai jugak. tidak lah tunggu2 pun. sebab masa tu tgh busy gila.  lepas tu pening2 tu macam makin kerap pulak. sebab kerja kot. tapi jauh disudut hati, pening lain macam ni. ada isi ke? 

bab2 makan tu aku tak leh nak syak apa2 sebab aku kan seorang pemakan. semua aku makan. makan banyak pun mmg dari azali makan banyak. cumanya berat aku dah naik. rasa dah kembang gitu. nak pulak orang dok cakap aku makin tembam. sentap mak tau! tembam ada isi, syok lah jugak. ni tembam sebab banyak lemak.

so sampai dah 5 hari lewat, i know it is too early to check. tapi hati tak menahan. and aku punya period mmg on time. tak on time tu pregnant lah tu. sebab kalau betul takde isi aku nak consume actifast balik. tak tahan ah semedang aje pening. so pagi2 masuk ofis dah dup dap pegi beli kat 7E sebelum bfast pegi check dulu. 

first time pakai brand ni. so tak bape nak paham. bila dah test tuh, clear lah kan. seperti tertera. pregnant lah aku ni. ala2 terkejut terharu lah gitu. bercampur baur. tapi aku ni macam tak biasa pakai brand pelik2 ni. awok nak jugak pakai hat murah tuh. pegi beli 1 lagi. same result jugak. keluar double line. 

bila dah tau tuh, dan2 tu rasa pening. hahahah.. selalu gitu tau. pening rasa serba tak kena. bagitau lah wan. happy lah. siap tanya nak pegi antenatal class tak kat hospital dia. apekehey awal bebenor bang. buat malu je.

so, kandungan ini mmg dirancang. cumanya instead of plan nak deliver on december dia terawal pulak EDD dia pada october. kalau dapat sama dgn birthday nia 5/10 cantik gak. tapi elok ngam2 EDD dia time raya haji 15october. mmg aku beranak time musim perayaan je lah. masa nia raya puasa. masa adel betul2 tgh cuti raya cina. kalau dipermudahkan semua insyaAllah 3rd baby raya haji gak. meriah kari lah nanti. boleh potong kambing sekali. wah gitu plan. moga dipermudahkan semua. 

i know its too early to share this news but i cant help to keep it on my own. macam mana aku buat UPT test masa adel and immediately aku share the news macam tu gak aku buat dgn 3rd edition ni.

soon to be kakak uols. orang kata tanda nak dapat adik ni anak jadi cranky. aku tak leh nak detect sebab adel ni all the way mengempeng. dia manja teramat. blame on me jarang sangat marah dia sebab tak larat nak dengar dia melalak. sekali melalak kemain payah nak pujuk. so tururkan saja. 17 feb ni pun adel 3 tahun. mama dah bagi hadiah la. bagi adik. heheh.. nak jadi cite malam tadi tah kenapa adel bole berjaga banyak kali pulak. awal lagi nak bagi mama practice balik bejaga malam adel.

korang mesti tau kalendar cina ni kan? kalau ikut kan orang keliling aku mmg tepat ramalan itu. tapi mungkin ada gak yg tak tepat kot. kitorg usaha je. ikut secara scientific jugak.  kalau tak dapat tu semua rancangan Allah. yang penting sihat, cukup sifat, sempurna bila dah lahir. 

so, label PREGNANCY kan blog aku ni akan diaktifkan semula lah. next check up will be on 6th March 2013. Doa banyak- banyak semoga semuanya baik2 saja.

ke keratong & segamat : hanim & fendy's wedding

$
0
0
hanim masuk keje kat ofis aku, baru aku tau wujud nye nama tempat keratong. hehehe... aku geografi mmg gagal. nama tempat, negeri mana mmg gagal. tu tak tau wujudnye keratong. sabtu lepas sampai kami 7 kereta ke keratong. hanim punya wedding. dah jadi tradisi kat ofis aku, kalau ada wedding jauh mana pun kita cuba attend. gerak konvoi seperti biasa. sebab distance tak berapa jauh mcm kat kelantan tu, kita balik hari je. 

so seperti yang dirancang, pukul 9.30pagi kita gerak jumpa kat depan ofis since nak lalu LEKAS. 9.30 gedebuk gedebak 10 lebih jugak gerak nye. depan ofis dah ada yg muntah. biasa lah kalau bawak anak2 kecik ni. macam2 ragam. 7 kereta, 7 jenis lah ragam nye. itu biasa. 

lepak kedai makcik mok sebelah ofis. sementara menunggu yang lain2 settle down. niadel kat rumah dah makan. kat sini makan roti canai lagi. mau makan, takpe..

mak oi, kereta bersusun. lepas tu construction area tu make traffic worst. dengan ada yang nak tekucil lah, dgn lampu minyak dah menyala lah. macam2 hal. 

petronas yang 1.02km pun terasa jauh bebenor... 

dengan ada yg nak berenti beli itik salai...

gitu gini, pukul 2.40petang kitorg sampai. agak lambat kalau kenduri2 kat sini. majlis pun dah nak settle. mujur ada makanan lagi. mmg masing2 tgh kebuluran. siap makan lauk pengantin lagi. haritu sangat lah panas. menitik nitik peluh dalam baju. niadel toksah cakap. mulut bising cakap panas. nak duduk dalam aircond. hamboi hamboi hamboi anak!. tapi mulut nganga jugak bila disuap nasi. dah kenyang kitorg beransur ke dalam rumah. sembang2 sikit dengan family pengantin. sementara niadel nak ke toilet. then photography session with the bride & groom.

rombongan cik kiah ke keratong 4.

manis kan pengantin? sama cantik sama padan. congrats hanim and fendy. welcome to bijakgroup's family fendy. tahun ni ada karaoke boleh lah join. heheh..

makcik ni mmg suka dgn pengantin. tu slumber je dia nak duduk kat pengantin..

gadis- gadis manis... gadis lah sangat kan...

boys...

teman lunch - gossip - minum petang - pagi dan lain2 bila kat office..

dah hampir ranap pelamin kitorg kerjakan, kitorg pun mintak diri dulu. tq hanim atas jemputan. sampai jugak kitorang ke sana. kenal jugak aku dgn felda keratong. next, kitorg hala ke segamat. dalam setengah jam dari keratong. boss aku, en suhaidi jemput ke rumah mertuanya. makan durian! kalau lah aku hantu durian, confirm aku terkinja kinja juga. ni biasa2 je. memeriahkan suasana dan memenuhi undangan alang dah sampai kan.

durian dah menanti di beranda rumah. serbu lah masing2..

fuh, mujur ada makanan lain. hehehe.. macam2 ada. rojak, yg paling best pulut dgn kuah durian. sedap betul. mak durian tak makan. tapi masakan dibuat dari durian mak makan. durian crepe tak makan. 

sementara tu kitorang amik kesempatan freshen up. solat. anak2 siap mandi bagai salin baju. sebab hari tersangat panas.

urut dada dgn pe'el anak2 dara ni. berkecah rumah orang ni dibuatnye...

sebelum balik. tq so much boss sebab sudi layan kami2 walaupun penat travel jauh sama2 tadi. rasa seperti dirumah. santai sangat. syok bila jalan ramai2 dgn office mate aku ni, sape yg host mmg akan layan kita sebaik mungkin. and we feel like home. kalau korang jalan perak, wajib singgah rumah mak aku. mmg aku serve korang kaw2 lah kat rumah parents aku. itu janji aku. 

next in line sape kah??? fety? nini? amal? abil? ramai lagi yg bujang2 ni... 

to hanim & fendy, selamat melayari alam rumah tangga. marriage is all about being tolerate to each other. cepat2 dapat baby. akak teman ko pregnant nanti nim.. :)

melaka : bawak niadel naik beca

$
0
0
dari segamat, kitorg terus ke melaka. actually family mertua aku ada kat rumah aku since friday. jumaat malam diorg sampai. dalam pukul 10.30 malam gitu kot. punya lah tak senonoh aku ni, aku dah tido masa tu sebab teramat letih dgn pening segala. pukul 9 malam dah naik tido sebab tunggu tak sampai lagi. kepala dah makin sakit. terus naik tido dulu lah kekdahnya. dengan makan pun tak. last makan lunch tadi. tak lalu nak makan walaupun perut lapar. lesu. 

sedar2 ko tau pukul bape? pagi ko!! mithali tak mithali punya menantu. masa tu diorg tak tau aku pregnant kot. lagi lah macam apa je kan. wan pulak mmg tak kejut aku. very the mithali my husband. mujur aku dah siap kan tempat tido awal2, bentang apa yg patut. clear kan katil bawah, buruk na perangai. pagi2 siap2 kan sarapan. ganti balik lah pe'el 'molek' malam tadi. 

so pagi2 kitorg gerak sekali. kitorg hala ke keratong, diorang ke melaka dulu. then meet up balik kat melaka. sewa homestay kat taman kota laksamana bandar hilir. rumah 2 tingkat. nice lah. cozy sangat. cukup untuk kitorg sefamily. tuan rumah jaga elok. lagi pun kawasan perumahan tu macam baru. biras aku yg tau tempat tu. kawan atas kawan.

maghrib kot sampai kat tempat kitorg menginap then turun barang, solat jamak siap2 then keluar balik dinner. time2 dah letih ni mmg tak larat nak drive ke umbai tambah pulak jem teruk kat town. so kitorg makan ikan bakar kat pantai puteri je. boleh tahan lambat gak menunggu sebab orang ramai. mujur penantian berbaloi, sedap semua food dia. balik rumah homestaty terus tido. mercun berdentum dentam pun apah tak dengar sebab badan dah penat sangat- sangat.

bangun pagi rasa segar lah sikit. niadel mmg excited lah dapat main2 dgn acu and makcik2 nye. sarapan kat rumah then keluar rumah dalam pukul 10 lebih. diorang nak naik beca. awok pun teringin juga nak naik beca. hehehe..

nia, beca tu apa???? i don't know mummy... bagus! aeroplane kenal kan? beca tak kenal ye. ni mak nak bawak kasi kenal...

payah nya nak cari parking kat bandar hilir. semua parking lot almost full. mujur dapat gak dekat dgn area Afamosa. pagi tu mmg datang situ semata2 nak naik beca je. as diorg dah pusing2 melaka hari sebelum nya. 

tido kat master bedroom mengadap main road. nampak rumah depan ada tarian naga. wahhh.. best betul! siap rekod tuh. punya excited.

tak bergerak niadel tgk dragon dance. 

panas terik time ni. beca punya pasal. rupanya peraturan beca 2 dewasa sorang kanak2 je boleh naik 1-1 beca. aku sefamily mmg tak lepas lah. dah nia muncung je tak dapat naik dengan mama. adel kejung sebab confuse apa benda nye ni. 1 pusingan kecik RM20. 1 pusingan besar RM35 kot. mahal ke tak aku tak sure. tapi nak kayuh basikal 3 orang sekaligus, kau mampu? jangan lah komplen mahal. ni mata pencarian diorang. 

nia mmg refuse nak naik. nak naik dgn mama je. then nampak hello kitty punya beca ni, terus bagi nia naik. nak bagi dia excited. tapi tidak ye. kejung sampai ke sudah.kitorg sewa 3 beca. 

berenti kat bangunan kaler merah ni. ape ke namanya. berenti 5 minit. sebelum round lagi. kalau pusingan besar banyak lagi pit stop nya.

 suka tgk tempat ni..

pelbagai jenis beca...

well, tak sah kalau ke melaka ke Afamosa. amik gambar sikit. getik betul aku dgn skirt aku tu. tak penah dibuat bejalan pakai skirt. sebenarnye ada wedding lepas tu. nama nak pakai baju kurung mmg tak lah. ber skirt lah kita. gigih memanjat kat meriam tu. tak sedar diri betul. dah2, matahari dah tegak atas kepala, elok lah pulang sebelum sakit kepala menyerang. nia cam biasa lah, muncung all the way. panas!

dia bila dah muncung gitu, mengirai ngirai skirt mama tu namanya moh la kita balik. 

perjalanan dari bandar hilir diteruskan ke masjd tanah...
Viewing all 270 articles
Browse latest View live